02 August 2010

Kenapa lelaki tak suka berterus terang

Sejak dapat surat pertukaran suami asyik buat muka bonyok je bila diajukan keputusan samaada nak balik Kelantan atau tidak. Walaupun lidah bersuara nak tapi jelas dari raut wajah tidak mengiakan apa yang dikatakan.

Apa susah sangat ke nak cakap yang benar. Kalau tak nak pergi kata tidak, ini tak nak pergi kata nak pergi. Pastu buat muka suram muram pulak.  Nampak sangat tak rela nak pindah. Bila dipaksa-paksa, ditanya-tanya berkali kali baru la nak berterus terang tak nak pergi. Itu pun hampir setengah mati menanya.

Kenapa lelaki susah sangat nak berterus terang/bercakap benar? Kenapa perlu berbohong semata-mata nak menyedapkan hati wanita. Sebenarnya wanita lebih suka kalau lelaki bercakap benar walaupun menyakitkan hati daripada bercakap bohong untuk menyedapkan hati mereka.


5 Comment:

ken said...

twist and turn ma.. more interesting =P

suamihanyisterizuki said...

erkkk, payah gak nk jawab, maybe dia ada reason dia tersendiri. tp kalau selalu baut tuh, semua org tak leh terima kan...

MAMA AIZARA said...

@suamihanyisterizuki
ntahla hany, suami mmg suka tak berterus terang tp zidah suka klu dia terus terang walaupun akan menyakitkan hati..

ARI said...

macam2 laa...bnyakkan berdoa...insyallah allah tolong...


shah's

MAMA AIZARA said...

@ARI ye la shah, hnya mmpu berdoa semoga semuanya brjln lncr..