Contest

Panggilan anak kepada Ibu bapa mereka

Lepas baca blog mommypinky teringat satu member yang sekarang tengah sarat mengandung 8bulan pernah request kat facebook panggilan apa yang sesuai untuk anak kepada ibu bapa mereka. Zaman sekarang tak macam zaman dolu-dolu panggilan untuk ibu bapa dulu kebanyakannya memanggil Emak & Ayah atau Emak & Abah tapi sekarang panggilan ada pelbagai bagai. Ia umpama nak cipta satu kelainan dari keluarga yang lain. Macam nama anak sekarang pun pelik2. 

Seiring dengan peredaran masa nama emak ini aku rasakan semakin jarang digunakan oleh kebanyakan orang hatta dalam famili aku pun sofea panggil aku mama bukan emak. Kalau orang kelantan mmg diorang berbeza dari kita semua kerana panggilan untuk emak biasanya ialah Mek. Panggilan Mak bagi negeri kelantan adalah untuk panggilan nenek tapi bunyinya jadi 'MOK'. Diantara panggilan-panggilan yang biasa orang gunakan sekarang ialah :


1. Mama & Papa
(aku rasa panggilan ni yang pling popular skrg)
2. Ibu & Ayah
3. Mama & Baba
4. Mommy & Daddy
5. Emak & Ayah/Abah
6. Ummi & Abi
7. Bonda & Ayahda
(rasa sesuai utk kerabat2)

Setakat yang aku biasa dengar ini je la. Nama diatas ni pun bukanla spesifik combination bagi semua orang, ada yang campurkan contoh seperti Ibu & Abah. Yang pastinya perkataan-perkataan ini la yang biasa orang gunakan. Disebabkan mommypinky punya nickname pun dh ada bau-bau panggilan untuk bakal babynya panggil jadi untuk biey mommy pinky baby nnti akan panggil apa ye... Daddy ke???

tapi tak tahula kalau mommypinky  tak nak bakal baby dia panggil mommy..
Jawab mommypinky jangan tak jawab....

Sofea dapat sepupu

weehee...salam....
Sangat happy ari ini - 17062010 sebab my second sister telah selamat bersalin baby girl sekadar jam 4ptg tadi di Hospital Serdang. Nama baby yang aku dibagitahu Farah, nama penuh my sis tak nak kasi tahu lagi. Apa2pun Tahniah ya sis. Nampaknya kini sofea dah ada sepupu. Bolehla jadi kawan nanti. Kesempatan ini nak ucap tahniah jugak pada my best friend aida & my ofismate yuniswa yang telah melahirkan baby boy dan girl pada 10062010 & 05062010. (mcm antar ucapan kat stesen radio lak).  Mungkin sekarang ini musim orang mengawan beranak kot. Aku pun cam terasa nak pregnant je lagi. Boleh sofea dapat adik plak. Syok syok..MyEm0.Com

Sofea masuk wad

Salam 1Malaysia semua...
Pagi ini aku nak story satu kisah sedih yang jadi kat sofea petang semalam...
Macam biasa ptg balik keje aku akan prepare bubur nasi & mandian sofea...
Lepas mandi aku akan bagi sofea makan pulak...
As usual smlm hari selasa ada citer BBC kul 6.30ptg...
citer yang mmg aku minat giler...
so aku bagi sofea makan smbil tengok tv...
mmg menjadi kelaziman sofea berpaut kat rak tv smbil makn...
nak dijadikan cerita smlm tang mana silapnya
sofea jatuh terlentang sbb tak dapat imbangkan badan...
bunyi dentuman kepala kena kat lantai usah cakapla...
kalau kita yang tua ni pun boleh bengal rasanya...
apa lagi sofea meraung sekuat ati...
nasib baik jugak lantai umah atas aku kayu..
klu simen lagila...
aku tgk sofea jadi sedikit pasif...
risau jadi apa-apa aku ngan hubby decide antar sofea ke hospital serdang..
bukan tak nak pegi klinik tapi hubby kata better refer pada yang pakar..
pegi hospital serdang doktor kata sofea ok..
oksigen pun 100% masuk dan sofea pun makin aktif kembali...
mungkin tadi sofea terkejut itew yang kurang aktif kata doktor....
buat pengetahuan ibu-ibu, bakal ibu klu anak jatuh tapi tak muntah usah risau sgt...
just monitor anak dalam tempoh 6jam pertama seterusnya 24jam berikut...
tgk klu ada tanda-tanda dia muntah tak mahu minum susu trus bawak ke hospital....
klu ok maknanya baby takde masalah..
tapi iyela kita sebagai ibu mmgla selalu risau so bawak aje kat klinik berhampiran...
xyah susah susah pegi spital..
berbalik pada citer aku tadi sbb kurang experience dan terlalu panik al-maklumla anak pertama...
bawak spital punya pasal kenalah aku ngan sofea tido kat wad pemerhatian...
kul 1pagi tadi baru leh kuar...
sempatla aku posting satu entri pagi nih sbb rase mcm klu tido sure tak bangun keje pagi esok...
Cayang Sofea...¸❤¸¸.•*


Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY