Loading...

19 June 2010

Panggilan anak kepada Ibu bapa mereka

Lepas baca blog mommypinky teringat satu member yang sekarang tengah sarat mengandung 8bulan pernah request kat facebook panggilan apa yang sesuai untuk anak kepada ibu bapa mereka. Zaman sekarang tak macam zaman dolu-dolu panggilan untuk ibu bapa dulu kebanyakannya memanggil Emak & Ayah atau Emak & Abah tapi sekarang panggilan ada pelbagai bagai. Ia umpama nak cipta satu kelainan dari keluarga yang lain. Macam nama anak sekarang pun pelik2. 

Seiring dengan peredaran masa nama emak ini aku rasakan semakin jarang digunakan oleh kebanyakan orang hatta dalam famili aku pun sofea panggil aku mama bukan emak. Kalau orang kelantan mmg diorang berbeza dari kita semua kerana panggilan untuk emak biasanya ialah Mek. Panggilan Mak bagi negeri kelantan adalah untuk panggilan nenek tapi bunyinya jadi 'MOK'. Diantara panggilan-panggilan yang biasa orang gunakan sekarang ialah :


1. Mama & Papa
(aku rasa panggilan ni yang pling popular skrg)
2. Ibu & Ayah
3. Mama & Baba
4. Mommy & Daddy
5. Emak & Ayah/Abah
6. Ummi & Abi
7. Bonda & Ayahda
(rasa sesuai utk kerabat2)

Setakat yang aku biasa dengar ini je la. Nama diatas ni pun bukanla spesifik combination bagi semua orang, ada yang campurkan contoh seperti Ibu & Abah. Yang pastinya perkataan-perkataan ini la yang biasa orang gunakan. Disebabkan mommypinky punya nickname pun dh ada bau-bau panggilan untuk bakal babynya panggil jadi untuk biey mommy pinky baby nnti akan panggil apa ye... Daddy ke???

tapi tak tahula kalau mommypinky  tak nak bakal baby dia panggil mommy..
Jawab mommypinky jangan tak jawab....
6 Comments
Comments

6 comments :

sugar2 kapas strawberry said...

nti nk suh my ank pgl sy ibu..hihhhihi ;)

sugar2 kapas strawberry said...

nti nk suh my ank pgl sy ibu..hihhhihi ;)

MAMA AIZARA said...

@sugar2 kapas strawberry
panggilan ibu tu nmpk lembut jer...

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

anak2 panggil saya emak... suami dipanggil bapak (sebab sebelah bapa mertua keturunan jawa)..

kakak saya anak2 saya panggil umi dan suaminya abi (kakak saya dah sebelas tahun kawen baru dapat sorang anak)

abg sulung saya derang panggil ayah dan kakak ipar ibu

abang saya yang sorang lagi dipanggil papa dan pasangannya mama...

peningkan? hahaha anak2 saya ada emak, umi, ibu, mama, bapak, abi, ayah dan papa.. hahaaha

MAMA AIZARA said...

@Safinaz Hanum Ahmad Anuar
Wah meriahnya panggilan.
Syok dengar mesti keluarga besar.
Mcm famili hubby sy pn pggilan mcm2...
keluarga sy blom berkembang..
Sofea cucu ayah sy yg pertama.

Mommy Pinky said...

Panggil mama & ayah ^^
Hik hik. baru nak jawab. Sabo je lah yek.