17 July 2010

Kerana mulut badan binasa

Pernah terlepas cakap..

Biasa....... siapa yang tak pernah, sebagai manusia kerana ketidakpuasapuasan hati kita sering terlepas kata.

Bukan terlepas kata sebenarnya tapi disebabkan oleh amarah dalam diri yang membuak-buak kita sering berkata sesuatu yang menyebabkan orang lain sakit hati tanpa berfikir panjang sebelum mengeluarkan satu satu perkataan.

Bila dah terlajak cakap baru tersedar, waktu itu dah tak ada gunanya. Bak kata pepatah kerana mulut badan binasa.... terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya......

Panjang mukadimmah kat atas...
In conclusion aku sebenarnya dah terlepas cakap...**Hati ini rase tak keruan dan bersalah sangat!!

Sekadar renungan :
Nabi saw pernah berpesan: "sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau DIAM".

4 Comment:

karl said...

biasa la kak, sape2 pun boleh terlepas cakap..tak sengaja, kadang2 tak sedar..

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

minta maaf kat org tu, mungkin hatui kita lega sikit

Mr. J pengeRindu said...

terlanjak perahu boleh diunduer.. terlajak kata ..

~kuyam~ said...

jadi sy pilih untuk diam drpd berkata yg sia-sia :)