Sedih dan kesian sangat tengok sofea..
Kata orang kalau baby demam tu nak pandai sesuatu atau mungkin nak tumbuh gigi...
Setakat ini sofea mmg dah pandai merangkak dan dah mula lepas tangan sambil jalan setapak kedepan..
Tanda untuk tumbuh gigi rasanye tak de lagi...
Kata orang kalau baby cepat pandai merangkak dan berjalan dia akan lambat tumbuh gigi...
Aku pun tak pasti sebab anak pun baru sorang...
Yang pasti aku sangat kesian kat sofea...
Malam tadi sofea nangis-nangis susah nak tido..
Mungkin sebab badannya panas sangat...
Bagi ubat pun masih tak turun-turun panasnya...
Tengahari semalam pulak aku lambat bagi sofea makan,
ntah macam mana waktu aku tak perasan aku tengok sofea makan tisu..
Yaallah sedihnya...macam mana la aku boleh tak perasan.
terus aku bagi makan roti sementara bubur siap..
tup-tup petangnya sofea tak mahu makan pulak..
selalunya walaupun demam selera sofea untuk makan masih ada...
aku tak la syak apa-apa..
hari ini pulak aku memang dah decide tak mahu pegi keje sbb nak jaga sofea...
pagi ni sofea bangun agak lewat dalam pukul 8.30 pagi...
mungkin sebab mengantuk semalam tidor dekat pukul 1 pagi..
biasa setiap hari paling lewat pukul 7 sofea dah bangun...
dalam pukul 9 lebih aku pun siap sedia nak mandikan sofea..
Bukak baju, seluar tidor dan pampers dia..
then... terkejut aku tengok punggung sofea merah-merah..
rasenya malam tadi aku dah tukarkan sofea pampers tak mungkin sofea dapat ruam atau alergik...
Aku terus pusingkan badan sofea ke depan tengok ada merah-merah jugak kat dia punya tu...
Pastu tengok kat kaki ngan tangan penuh bintik-bintik merah diikuti dengan bintik-bintik berair..
Sah...memang sah... sofea kena CHICKEN POX...
then tengahari tadi aku pegi klinik dapat la MC 2 hari..
aku mintak lebih tapi doktor tak kasi sebab aku tak sakit apa-apa...
kalau dalam dua hari ini sofea tak baik nampak gayanye kenala amik cuti rehat..
kalau chicken pox orang kata paling kurang seminggu baru baik...
Pastu aku ngan hubby pi cara alternatif lain untuk baikkan sofea secepat mungkin...
kata orang air kelapa muda elok diminum untuk orang yang kena chicken pox...
Daun bamboo elok buat lapik tidor tp aku tak cari sebab orang kampung kata daun tu banyak kat kuil india takut plak aku nak pergi kang aku pi cari sana tambah lagi satu penyakit tak pasal-pasal pulak..
Masa pi beli kelapa muda kat kedai goreng pisang tuan kedai tanya kat hubby nak buat apa,
hubby cakap anak kena chicken pox, then kakak tu tanya anak yang mana yang dalam kete tu ke..
Hubby pun angguk...
then tuan kedai sempat berpesan jangan bagi makan kicap ye, kesian anak lawa, kulit pun gebu nanti ada parut dan lagi satu tuan kedai cakap 'MAKNYE PUN LAWA JUGA '
weee...kembang semangkuk aku...
* dalam hati ada taman lawa ker?
No comments:
Post a Comment