16 July 2010

SPA vs JOBs MALAYSIA

Nak kerja kerajaan. Nak nak nak!!!!
Tapi macam mana nak apply jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
Senang aje cuba masuk laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

 
Kat sini anda boleh memohon maksimum lima jawatan mengikut kelulusan yang anda ada.
Satu lagi alternatif adalah mendaftar di  Jobs Malaysia - Gerbang Kerjaya Interaktif Anda.


Rasanya lagi baik anda mendaftar di Jobs Malaysia sebab boleh diumpamakan laman web 2 3 in 1.
Jobs Malaysia adalah laman web dibawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia(KSM).

Disini anda boleh memohon bekerja dalam perkhidmatan kerajaan, separa perkhidmatan kerajaan atau swasta.  Bagi jawatan dalam perkhidmatan kerajaan pengambilan masih diuruskan oleh SPA.

Sekarang ini banyak jawatan kosong samaada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta permohonan dibuat melalui online. Segalanya di hujung jari anda babeh..:-)

* Borang SPA penah isi, Jobs Malaysia pun penah isi tapi dua dua pun sama masih tak panggil-panggil untuk diinterview. :-(