30 July 2010

Tolong aku buat keputusan

Masih lagi dalam mood tak tahu nak buat keputusan.
Sepatutnya hari ahad ni dah kena melapor diri di Kelantan
tapi aku masih belum decide nak pergi atau batalkan pemergian.
Hari ini bos dah bagi green light kalau tak nak pergi dia akan tolong batalkan pertukaran tanpa memblacklistkan nama aku.
Hari ini jugak aku tanya member2 kt Kelantan tentang rate sewa rumah di KB, amatlah mahal macam kat KL jugak.
Sekitar 300 - 500 ringgit.
Suami pun dah muncung sedepa macam tak nak balik Kelantan.
Hari itu dia yang beria-ia benar sekarang ni bila dah dapat mcm tak nak pegi pulak..
Aku ni anak jati KL, betah ke nanti tinggal kat sana.
Kata orang semangat kenegerian orang Kelantan ni amat kuat.
Dialek, cara pergaulan, cara percakapan dan makanan mereka totally different dengan kite-kite ni.
Expecially budu yang mereka duk tak tinggal.
Takut nanti bila dah pegi menyesal tak sudah.
Kalau korang, korang nak pergi ke ke negeri Kelantan tuh.
Tolonglah bantu bagi nasihat dan pandangan kat aku mcm mana nak buat keputusan ini...

3 Comment:

NQ said...

xyah laa..
haha

suamihanyisterizuki said...

erkkk, sbnrnye sape yg asal klate nih...hehe slalunya kalu asal klate, mmg knpom nk balek klate, mcm suami sy...hohoho. kalau tak silap kt klate prbelnjaan idup masih murah la, erkk xtau la lps gula dhnaek nih kan.

bab umh sewa tuh, taktahu pulak cmne rate biasa. kalau 300 min n max 500, itu dh murah. kalu slangor dh susah nk cari rate cmtuh. tapi yg pasti tanya diri n suami la kan...

MAMA AIZARA said...

@suamihanyisterizuki mgkin suami sudah tidak bersifat kenegerian lagi..patut gembira ni ;)
hany klu kt tanah merah dalam seratus je dh boleh dpt umah sewa. tapi sbb kawasan kg la kot..