16 August 2010

Bercakap jugak akhirnya..

Aku ada seorang kawan pangkat kakak la masa kerja di Bhagian Kawalan Filem. Mula-mula masuk keje dapat duk sebelah dia memang tak suka. Sombong bangat, nak senyum pun payah. Pernah gak aku berkata dalam hati apsal la tempat kosong ada kat sebelah dia jer. Kalau ada pilihan lain mahu je aku pindah tempat duduk. Tapi lama-lama kami jadi ok dan aku pun dah lali dengan perangai dia. Memang payah nak senyum, nak tegur orang. Kena kita yang mulakan dulu baru dia nak bersuara. Bos-bos atasan pun selalu complaint pasal dia. Bila dah mesra selalula aku sembang-sembang pasal suami aku (dulu bf) sebab kawan aku ni orang Kelantan. Sama negeri ngan suami aku.

Tapi yang jadi masalah dengan dia ni kita kena alert kehadiran dia. Kalau pagi-pagi harus kena tegur dia dulu, kalau lupa tegur alamat sampai petangla tak bercakap. itu belum kalau masuk dua hari tak tegur memang sampai bila-bila la dia tak akan bertegur dengan kita kecuali kita tegur dia balik. Dia ingat kita tak suka nak kawan dengan dia.

Nak dijadikan kisah dua bulan sebelum mengandung aku kena tanggung keje CC, jadi keje berlambak-lambak jadi tak sempat la nak cakap-cakap, borak-borak dengan dia. Dia pun apa lagi tak tegur la jugak. Kalau jumpa dalam toilet ke tengah jalan ke dia siap kalih muka atau tunduk je kepala, langsung tak pandang. Belum lagi dengan buat muka muncung sedepa.

Lepas aku disahkan mengandung, mood pun ala-ala tak baik je...nak tegur orang pun jadi malas. Terus la aku ngan kawan aku ni tak tegur sapa sampai sekarang ni. Anak aku pun dah sepuluh bulan. Kalau cakap pun hal yang berkaitan dengan kerja je. Itu pun bila terpaksa benar. Bayangkanla berapa lama dah aku tak bertegur ngan kawan aku tuh.

Dalam tempoh masa tak bertegur tuh memang tension usah cakap la, nak pergi keje pun rasa malas je. Dahla time pregnant. Maklumla orang yang duk sebelah kita buat muka dont know je, pastu kita tiap hari kena menghadap muka dia selama 9 jam. Memang tension sangat-sangat. Aku tak tahu la perasaan dia cam mana. Langsung dia tak de perasaan nak cuba tegur ke apa. Tapi aku memang tak selesa sbb meja kami berkembar dua.

Aku penah jugak dalam kepala otak karang ayat nak tegur-tegur dia tapi bila tengok muka dia yang masam tu langsung terbantut nak tegur. Hinggalah aku kena tukar naik ke Bahagian Kewangan. Masa tu rasa lega sangat tak yah nak mengadap muka dia lagi.

Tapi sekarang nih kawan aku tu pun dah ditukarkan ke NRE. Disebabkan aku buat pembayaran gaji kena jugakla berhubung dengan dia pasal nak hantar LPC ke opis baru dia. Nak tak nak kenala call dia nak tanya alamat opis dia sebab aku dah hilangkan surat pertukaran yang Bahagian Sumber bagi. Aduh....camnala aku boleh careless sangat nih.

Pagi tadi aku pun gagahi call la henset dia dan cakap cam biasa. Tanya alamat opis dia, pastukan tak le aku terus letak. Aku pun tanyala skit keje camna ada bagus ke? Dia pun borak-borak ngan aku cam tak ada apa yang berlaku. Excited dan mesra. Aku pun cakap semesra yang mungkin. tak mo la bermasam muka lagi. Kalau kenangkan hal lepas memang aku tak mahu cakap panjang-panjang tapi difikir-fikir ini je la kesempatan yang ada untuk aku jernihkan keadaan. Disamping sekarang ni kan bulan Ramadan lebih baik kita berbaik-baik sesama manusia. Hati pun rasa tenang je bila dah bertegur sapa nih. lama gak kami borak, hampir 20 minit...

p/s :  Bila orang dah tak ada depan mata baru nak dikenang-kenang, bila ada depan mata asyik nak kutuk-kutuk je.

2 Comment:

SURIA AMANDA said...

lumrah kehidupan tu...nak kan perhatian rupanya...

MAMA AIZARA said...

itulah..syukur semuanya selesai dgn baik.