07 August 2010

Mama pulak..

Sofea makin cerdik..Tiap-tiap hari ada je pembaharuan yang sofea bawa. Budak-budak biasala lepas satu satu.. Ingat tak sofea dah nak pandai bertatih. Ini sama macam story tatih tatih, story basi semalam punya. Tapi story yang happykan hati si penulis ini.

Macam-macam berlaku bila sofea dah nak mencapai usia 10 bulan. Tinggal 3 hari je lagi sofea nak sambut birthday yang ke-10 bulan. Tahu apa berlaku semalam, sofea sebut mam mam mama.. Sofea panggil aku ler tuh.

Ini bukan citer filem atau drama melayu apabila si ibu/bapa tersentuh apabila menunggu sekian lama anak kandung mereka memanggil mereka dengan panggilan ibu dan bapa. Tapi ini citer mama aizara yang sangat tersentuh dengan sebutan yang terkeluar dari mulut anak kesayangan.

Betul, feeling mmg lain sgt, tak dapat nk digmbrkan kebahagiaan itu.. skrg aku dah merasai perasaan dalam kebanyakan cerita cerita melayu biasa tayangkan. Ingatkan itu lakonan semata-mata, tp perasaan tu mmg wujud dialam realiti.  Lama dah menanti sofea sebut panggilan mama tuh. Kalau panggilan papa memang sofea dah biasa sangat. Lama dah.

2 Comment:

suamihanyisterizuki said...

uuu, misti sronok kan...doakan utk hany gak eh...doa seorang ibu makbul...hehehe ameen...

MAMA AIZARA said...

@suamihanyisterizukimudah-mudahan satu hari nanti hany akan merasai semua pengalaman ini..AMIN