30 August 2010

Sales sana sales sini warehouse sana warehouse sini perabih duit aku aje

Hari Sabtu : Aug 28

Actually hari ini aku dan suami sudah patah kaki kerana kereta masuk workshop. Servis kete untuk balik kampung nanti. Service penting takut kereta stuck/problem tengah jalan. Jadi aku, suami dan sofea terpaksa duduk melangot kat umah walaupun sebenarnya sejak hari kamis lagi dah planning nak pegi carrefour wangsa maju. Kakak aku pun nak join sekali. Aku ingat nak beli jeans, kat sana ada outlet levis yang harganya jauh lebih murah berbanding dari harga di butik levis.

Bila dah separuh hari duduk rumah aku rasa kaki aku ni dah tak tertahan-tahan nak keluar, tak betah duduk rumah lama-lama. Dah namanya kuat berjalan aku, suami ngan kakak akhirnya keluar jugak. Pinjam kete kakak. Sebab keluar pun dah lewat lebih kurang pukul 3 petang kitaorang plan pegi shah alam je la.

Ingat nak pegi warehouse sales kat stadium MBSA tapi husband salah fahaman lalu membawak kami semua ke wisma MBSA. Masuk area bandar Shah Alam jalan tersangatla jem . Tak sanggup berlama-lamaan dalam kete kita orang terus berpatah pegi Stadium Melawati, dapat tahu kat situ ada warehouse sebab nampak iklan terpampang kat tepi jalan. Warehouse sales ni anjuran F.O.S ngan sinar harian. Aku tak minat jenama ni dan husband lagila benci tapi sebab murah terbeli jugak.  Banyak jugak aku angkut.

Belek punya belek dah hampir pukul 5 petang, rasa macam tak sempat je nak masak untuk berbuka puasa nanti jadi kami pun beli makanan siap-siap kat bazar ramadan sebelah stadium tu. Kami berjaya membeli nasi kerabu, air mata kucing, laksa dan popiah goreng. Untuk sofea aku beli kuih je. Tapi yang best suami leh jumpa ketupat sotong. Ketupat sotong ni makanan orang kelantan. dalam sotong tu di bubuh pulut. Mahal giler tiga sepuluh hinggit. Aku idaklah teringin tengok pun tak selera.

Ok stop bab makanan (makanan yang dibeli semua sedap2 ok, sangat berbaloi), On the way balik kitaorang masih sempat lagi ke Stadium MBSA, planning asal-asal tadi. Tapi barang kat situ macam hampeh je. Kat situ penjual majoriti cina so husband tak berapa berkenan. Jadi aku tak beli apa-apa.

Hari Ahad : Aug 29

Kereta masih belum siap. Jadi cadangan nak ke wangsa maju masih tak dapat nak laksanakan. So duduk diam-diam kat umah layan sofea je la sambil bukak tenet laman web offer station tengok ada extreme warehouse sales kat Parkson Subang Jaya. Bergegas bagitau kakak aku dan kami pun decide keluar lagi.

Sebab masih awal so dalam kul 10.30 pagi bolehlah berlama-lamaan disana. Dalam kul 1tghari tengok sofea merengek-rengek kelaparan jadinya hari ini first time kena bagi sofea makan kat luar. Beli bubur nasi MC d.

Kat parkson ni aku still memborong lagi macam semalam. Kalau berjalan tu ada je nak beli. Belom dapat duit raya RM 500 duit gaji aku perabihkan dulu. Sudah abis pusing-pusing dalam Subang Parade, husband ajak pegi Subang Airport pulak kata ada warehouse sales barang baby.

Sebenarnya aku dah tersangatlah letih macam malas nak pegi tapi nama kata nak shoping barang baby terus semangat berkobar-kobar. Sampai sana tengok jualan indah kabar dari rupa. Sangat cikai dan membosankan. Tapi ada cabutan bertuah sape yang berbelanja lebih RM100. Ada jugak orang yang berkenan nak membeli kat situ. Aku?? Beli jugak...tapi beli buku dan mainan sofea aje.

Okla rasenya semua dah lengkap, kasut sofea, baju sofea, baju aku, baju suami, baju kakak ipar, seluar adik ipar semua dah complete except gift untuk mak mertua masih belum ada.....akhirnya kami pun bertolak balik umah dan sampai dalam pukul 4 petang. Aku lihat adik ipar tengah sibuk memasak al-maklum adik aku nak pegi keje sebelum buka puasa. Masak untuk tapaukan adik aku berbuka la tuh. Dalam hati aku selamat hari ini tak yah masak sebab aku letih giler.


note : nak raya ni sales, warehouse ada di sana sini tp murah ke sebenarnya harga yang diorang offer?

2 comments:

suamihanyisterizuki said...

rajinnya azi...hany xpegi lg mane2 tmpt yg ade sale nih, esok br nk merangkak kuor ni, demi sepsg bj ry huhuhu

MAMA AIZARA said...

azi ngan husband mmg rajin bejalan...husband plak sporting, tak macam MZ hany...baju raya azi tempah jer, ni pegi membeli baju basahan..hi3...

 
Copyright by Aziazidah