Teka teki akhirnya terjawab sudah

Segala teka teki, kusut masai, gundah gulana yang bersarang di hati terjawab jugak. Akhirnya kini aku terlepas dari penghijrahan ke Kelantan dan secara automatiknya akan tetap menjadi warga Putrajaya amnya dan KDN khususnya.

Dengan gagahnya pagi ini aku mendail talian hot Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Cik Sainah a.k.a pegawai penulis surat pertukaran telah mengesahkan permohonan pembatalan pertukaran aku dilulus.

Sebentar lagi Cik Sainah akan faks kan surat pembatalan aku. Ahhh...tak yah tunggu surat faks tu pun tak pe. Hati aku ni dah berbunga-bunga riang. Rasa berlapang dada dan tiada lagi kerungsingan. Yahooo.....

Note : Ada natijah ke yang bakal menanti akibat dari pembatalan pertukaran ini ????

2 comments:

suamihanyisterizuki said...

tak jadi trnsfer eh? xpe la, mesti dh fikir kan...so terima dgn hati berbunga bunga ;)

MAMA AIZARA said...

haah, husband pn dah elok-elok keje sini..
akhirnya selesai satu mslh..

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY