17 September 2010

Jangan harap semuanya akan gembira ye azidah...

Rasanye ramai jugak yang dah masuk kerja dan ada jugak yang baru nak bermula cuti hari inikan.
Aku ? Patutnya dah keje dari hari selasa lagi.
Tapi dek kerana jahitan kaki masih tak sembuh dapat MC 3 hari sampai hari rabu, kamis cuti 1 Malaysia dan hari ini hajatnya nak pergi kerja tapi kerana hujan lebat sangat pagi tadi nak bangun pun jadi liat.
So next week la baru nak mula kerja.

Point utama sebenarnya nak story pasal exam....
Rasanya dalam perkhidmatan awam ni tinggal dua exam je yang aku belum lunaskan.
PTK tahap 2(satu paper lagi) dan KPSL (masih menunggu result).
Tadi bukak laman web AG tengok dah ada result PTK yang aku amik sekitar bulan Jun hari tu.

Resultnya :



Tengok tajuk entri pun dah tahu kan. B je. Tadi jugak sorang member ada call kata dia dapat A. Ermm..sedihla pulak,unsur-unsur, baur-baur kejelesan pun ada walhal si dia baru PTK tahap 1. Itula lain kali jangan belajar last minit ye azidah. Bila orang lain dah lulus awak masih terkial-kial kena amik lagi semula.

Ok takpe sebab memang salah aku mari aku copy paste tajuk entri :'Jangan harap semuanya akan gembira ye azidah...'. Aku cuba cover kesedihan dengan berita Double line je la...

3 Comment:

suamihanyisterizuki said...

azi,jgn sedey2 k, jaga kesihatan tau...

MAMA AIZARA said...

ye la hany..tak baik utk baby kan..hi3

PUANSTOBERI said...

huhu..tkpe leh amik lagi. Reen retu langsung TH. haha. sbb yg lama dok aras 3 tak sudah2. Skang da masuk jawatan baru, tkyah la amik setahun. huhu..bosan giler PTK versi baru ni. memacam plak kekdahnya.