01 September 2010

Saya tak mampu nak penuhi semua permintaan orang

Saya mintak maaf saya tak mampu nak penuhi semua permintaan orang. Bukan saya tak nak tolong tapi dalam menjalankan tugas saya ada prinsip dan pegangan saya sendiri. Jika saya bercadang tolong certain-certain orang nanti orang kata saya pilih kasih, bila orang ini mintak tolong boleh pulak kenapa bila orang itu mintak tolong tak boleh pulak.

Janganla sebab anda anak somebody atau ada kaitan dengan orang tertentu senang-senang je nak suruh saya buat itu ini. Fikirkanlah perasaan saya ni. Saya pun manusia jugak, ada rasa suka duka dan LETIH. takkan saya nak buat kerja 9 jam tanpa rehat. Saya kalau boleh memang nak tolong kamu semua. Saya rasa senang dan gembira kalau dapat penuhi keinginan semua orang. Lebih-lebih lagi time nak raya ni. Saya rasa semua orang pun perlukan duit. Tapi apakan daya keupayaan saya terbatas.

Saya bukan bekerja sendiri, saya bekerja dalam satu pasukan. Sebelum saya membuat pengiraan gaji semua orang saya perlu dapatkan dokumen dari Bahagian Sumber Manusia sebelum boleh dihantar ke Bahagian Akaun. Saya adalah perantara diantara dua Bahagian ini. Tugas saya hanya mengira gaji semua orang. Tapi kalau dokumen ada masalah saya tak boleh jugak proceed. Kelulusan juga bukan ditangan saya seorang, ia melibatkan banyak pihak.

Buat pengetahuan semua saya tak pernah sengaja-sengaja nak buat gaji anda lambat. Saya sedaya upaya abiskan semua kerja sebelum decline. Kalau selepas decline saya akan proceed untuk bulan kemudian. Saya tak akan merayu ke Bahagian Akaun semata-mata untuk penuhi keinginan anda kecuali ada hal yang mendesak. Saya bukan tak bertimbang rasa tapi saya taknak nanti orang ambik kesempatan atas kebaikan saya atau naik lemak atas pertolongan yang dah saya berikan.

Kalau nak dilistkan berapa banyak yang saya buat bayaran gaji melalui baucar berasingan dengan memohon kelulusan, saya buat bayaran pada kakitangan tanpa masukkan dalam payroll walaupun mereka tak mintak semata-mata sebab saya tak mahu anda semua tak dapat beraya. Tapi kalau setakat tunggakan biasa tunggu-tunggula selepas raya. Saya tahu ada yang tak dapat bantuan duit raya sebab anda tiada skim seperti pegawai polis tapi apa yang saya boleh buat. Saya buat anda punya gaji satu persatu mengikut yang terawal dan terkemudian tanpa sebarang prajudis.

Selagi saya boleh tolong saya tolong tapi kalau betul-betul tak dapat tolong memang saya tak akan membuat janji jadi saya MINTAK MAAF dan dalam masa yang sama tolong fahami saya. Jauh disudut hati saya, saya sedih jugak tak boleh tolong kalian.
 
Copyright by Aziazidah