24 September 2010

Sedihnya...

Sedih rasa hati sampai nak mengalirkan air mata bila baca paper utusan hari ni. Sejak mengandung ni memang sentiasa peka pasal isu bersalin ni. Dahla kejadian ni berlaku dekat negeri kelahiran Sofea cuma Hospital aje yang berlainan. Memang dah kali dengar kes sebegini berlaku. Kisah-kisah doktor tertinggal barang dalam tubuh manusia. Kisah kecuaian pihak hospital hingga membawa kepada kematian.

Walau pun doktor ni manusia tak lepas dari melakukan kesilapan tapi kalau boleh biarlah diorang ni lebih berhati-hati dan teliti dalam melakukan pekerjaan. Benda macam ni bukan mainan. Yang pergi tak akan boleh kembali. Ngeri sungguh dan kesian sungguh dengan arwah ni. Sampai tiga kali kena operate dan ada 5 kebocoran pada usus.

note: Moga dijauhi perkara sebegini keatas diri aku.

3 Comment:

PUANSTOBERI said...

Blum sempat baca di akhbar..tp ada tgk sipi2 kat blog lelain.
mmg kesian rasanya..dah la kecuaian org lain kan..

Adha said...

manusia biase cam kita mmg x bole lpas dari wat kesilapan..kekadang cam pelik gak bace story len cam pasal gunting tertinggal dlm perot..cmne diorang bole x perasan yek..hishh..

a n a s t a s y e a said...

doktor pun manusia jugak .. insan yang lemah dan tak terkecuali dari melakukan kesilapan.