One day in my life

Seawal jam 6.15 pagi dah bangun bersiap-siap dan bersemangat nak pergi klinik untuk check up sofea. Almaklum dah tiga bulan tak melawat klinik desa tercinta. Kalau nak pergi kerja bangun lebih awal dari hari ini sebenarnya. Tadi terbangun awal pun sebab sakit perut yang teramat sangat.


Macam biasa lepas gosok baju dan bersiap aku bercadang nak terus ke klinik ambil nombor dulu sementara biar papa yang mandi dan bawak kan sofea ke klinik. Tak adala sofea mengantuk sangat. Walau bagaimana pun takdir hari ini sofea bangun awal dan aku mandikan ala kadar sebab masih terlalu awal pagi. Sejuk !! Dingdong dingdong dah pukul 7.15 pagi. Hajat hati nak keluar dalam pukul 7pagi tak kesampaian. Planning semua bertaburan. Sebab untuk sampai awal ialah masalah parking di klinik yang terhad kawasan lamannya. Sama jugak dengan masalah parking yang sentiasa membelenggu Putrajaya.


Rupanya apabila dah hampir 3bulan tak datang ke klinik, pesakit pun sudah makin berkurangan. Mungkin semua bayi sudah membesar. Parking pun cun-cun depan pintu gate. Senangla nak keluar nanti, tak adala orang nak block2. Oh pasal baby yang sudah membesar rupanya telahan aku salah, pihak pengurusan klinik sudah merombak sistem kedatangan pesakit. Sesiapa appointment pukul 8pagi akan dilayan dahulu walaupun dia datang lambat dari pesakit appointment misalnya pukul 9 pagi. Padanla tak ramai yang nak datang awal. Kalau datang awal pun tak akan di layan.


Nombor bertuah aku dan sofea hari ini adalah nombor 21. Dalam pukul 8.30 nombor kami dipanggil dan sofea ditimbang. Tak banyak berubah berat badannya. 8.5kg. Masih dalam carta yang stabil. Sudah siap timbang menimbang, angkat mengangkat kena tunggu giliran jumpa misi pulak. Ops sebelum sofea ditimbang mesin penimbang dah dikencingkan oleh baby bawah setahun. Kalau baby bawah setahun kena bukak baju tanpa seurat benang untuk ditimbang. Banyak pulak tu baby tu kencing, naik geli sebenarnya aku nak letak sofea atas penimbang tu. Nasib baik misi tukar pelapik penimbang itu.


Nombor giliran untuk berjumpa misi masih di angka 1 semasa sofea siap fasa penimbang tadi. Jadi aku bawak sofea jalan-jalan di laman klinik. Aku bawak sofea disudut permainan. Main jongkang jongkit sofea hari ini. Bila dah terasa letih aku lihat nombor sudah diangka lapan. Masih jauh lagi nombor kami. Sedang kami berdua berkira-kira nak membuat aktiviti apa seterusnya aku disapa oleh seorang kakak bertudung labuh. Rupanya dia seorang pengasuh. Matlamatnya yang aku  pasti dia nak menambah bilangan anak asuhannya. Nak baby katanya, yang diasuh sekarang semuanya sudah 3 4 tahun. Dan anak-anaknya semua sudah besar. Dia menanya aku ada seorang anak je ke. Lantas aku menjawab dengan bangga ya dan ada satu lagi dalam perut. Hik hik...Bangga untuk didedahkan.


Kami teruskan sembangan hingga dia memberitahu aku bahawa dia mengajar KAFA dan mengaji. Lantas terus ku mintak nombor telefonnya. Oh lupa nak bagi tahu namanya RAUDHAH. Sedap kan? Rumahnya tak jauh dari rumah aku. Mungkin aku boleh berkira-kira menghantar sofea mengaji disitu. Undangan hari raya haji juga ku terima darinya.


Selepas penat berbual ku lihat nombor sudah menginjak ke angka 18. Lama kan kami berborak. Aku yang excited. Tak rajin sebenarnya orang-orang yang datang ke klinik nak bertegur sapa. Mereka kebanyakan datang dengan husband masing-masing. Cuma aku je yang lone ranger sejak dari mengandung lagi. Apa nak buat laki bukan sama-sama keje kerajaan. Sebelum dia menegur sebenarnya aku telah ditegur oleh seseorang yang lain tapi bukan bangsa Melayu tapi orang Indon. Malas sgt ke orang Melayu ni nak bertegur sapa??. Ya! Aku salah seorangnya.


Sekarang sudah sampai giliran sofea berjumpa misi. Soalan wajib yang ditanya dek misi : anak minum susu apa, sudah pandai apa, aktif tak dia??. soalan-soalan biasa. Sangat tak mesra alam langsung. Tak bertanya langsung tentang kesihatan sofea. First dapat misi sebegini dan i really2 dont like it. Habis bertemu misi sombong kami keruangan cucuk mencucuk. Hari ini sofea bakal dihadiahkan cucukan tidak menghasilkan demam selepas setahun. Alhamdulillah nangis-nangis manja. Mana penah sofea nangis bagai nak gila sejak dia lahir. Sangat bagus ini anak. Yang paling penting sudah pandai cium pipi mama dan papa apabila disuruh.


Selepas habis semua aktiviti sofea, aku decide buat appointment untuk diri sendiri pulakla kan. 11.11.10 first appointment untuk ibu mengandung ini. Sangat malas sebenarnya sebab hati rungsingkan hal parking kalau lewat ke opis. Syukur tadi ada tempat untuk diparking setelah dua kali pusing-pusing, ronda-ronda makan angin dalam basement.


Hari ini juga di opis aku dapat panggilan telefon dari BSN menyatakan permohonan pinjaman peribadi aku dah diluluskan. Gembira sangat-sangat sebab penat dah hampir 2 minggu menanti. Kata orang kalau buat pinjaman di bank 3 hari dah lulus. Itu tipu belaka. Koperasi mungkin. Dalam bergembira sebenarnya risau jugak hutang yang semakin membukit tinggi macam gunung ditambah dengan bilangan ahli keluarga yang bakal bertambah. Untuk meredakan kerisauan marila kita berpegang pada prinsip ' kalau ada rezeki tak ke mana' & 'adalah rezeki anak tu'.


Entri ini sangat panjang tak tahula semua dapat baca sampai habis atau sudah tekan X sebelum khatam. Entri ini entri balas dendam sebab sudah lama tak update ini belog. Nanti entri akan datang aku story kenapa aku menambah hutang dengan membuat pinjaman peribadi. Mesti ramai nak tahu kan? Ke tak ada pun yang nak amik tahu. :P

No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY