Kerana e-Penyata Gaji


" Hello..boleh saya tahu nombor gaji saya..

Hello..boleh saya tahu nombor gaji bos saya..

Assalamualaikum..payslip bulan 11 dah agih ke?

Hello, Assalamualaikum macammana nak tengok pay slip online tu? "


eee...rasa takut dan malas dah nak angkat tepon ni. Sepagi ni ayat ni je yang kedengaran dicorong telinga. Tak ada ke orang yang nak tanya cam ni : assalamualaikum, azi sihat ke? baby ok ke?

Ini semua gara-gara KDN dah tak print lagi payslip start bulan 11 ni. Ok, ok tahu dah AG dan Kementerian lain start dari bulan 10 lagi dah tak print. KDN baru la malas nak print start bulan 11.  Even kalau diorang nak print pun boleh lagi sebab kertas payslip masih banyak dalam simpanan. 

Tak kuasa dah nak melayan mereka ni. Takkan nombor gaji sendiri pun tak tahu. Tengoklah payslip bulan lepas. Bila suruh tengok pasyslip yang lama kata dah simpan dalam kotak la, tak tahu mana lah. Yang PA pulak kata seganla nak mintak kat bos. Hei itukan hal mereka, wajibla tanya diorg sendiri. Bos pulak nanti kalau dah bertukar Kementerian lagi, PA baru pulak susah kena mintak pasword dari PA lama. Apsal tak uruskan sendiri. Bukan susah pun. Kalau duit gaji tahu pulak hak masing-masing. Ini baru payslip belum masuk Penyata Pendapatan Tahunan lagi ni. Tahu ke tak Penyata Pendapatan pun online jugak nih. Ermmm...

Pastu bila nak buat pinjaman diorang tanya pulak : Bank terima ke payslip online ni? Kalau diorang nak yang original macammana?. Huh..mana la aku tahu sebab aku bukan pihak bank dan aku pun belum buat pinjaman selepas e-penyata gaji ni dilaksanakan. Yang aku tahu ada staff cawangan Sabah bagitau aku pihak bank sana mintak salinan pekeliling yang menyatakan tiada lagi pengeluaran original payslip. Jadi sape-sape nak buat pinjaman bawak aje pekeliling yang ada kat laman web AG.

azi : kena stop typing, tepon berdering lagi nih.



5 comments:

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

sesuatu yang baru diperkenalkan mesti agak susah pada mulanya..
insyaAllah lama2 oklah tu..
lama2 semua pihak akan aware

PUANSTOBERI said...

Err...suma da print sendiri skang gaji yer. Seb bek kiterang tak perlu nak print sendiri. tehehehe

mzhany said...

alahaii sian nya azie...jgn stresss dear...jaga kesihatan...

tapi bengan number sendiri pun xnak igt...takkan la nk semua org suap


**terserap emo azi lak**

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kenal.

Sabar jelah kann..

MAMA AIZARA said...

k.anum : iyela mgkin bln seterusnya akan ok.

reen : yang diprintkan lagi better dan cantik dari print sendiri, tak puas nengok payslip skrg.

hany : cuba bersabar, tp kengkadang hilang sabar jugak.

azrina : salam kenal jugak..:-)

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY