28 November 2010

Lelaki lebih suka berjalan dengan kawan-kawan dari family?

Hajat nak pergi makan kenduri di N9 nampaknya tak kesampaian. Memang mulut ni sedang tercari-cari ayam masak merah yang sedap macam kenduri dulu-dulu. Ayam yang dihidangkan kat kenduri sekarang semuanya keras-keras belaka. Kalau dulu-dulu lembut dan tomato purinya terasa sampai ke tekak. Kalau kat KL ni memang payah nak jumpa yang enak-enak. Aku mengidam lagi kot!


Hari ni ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan. Kat kampung ni dapat satu undangan tapi awal-awal tolak tepi. Kakak kat opis anaknya yang dulu satu asrama ngan aku pun kawin hari ni. Rancangan asal memang nak pegi kenduri ni tapi tetiba husband ajak pulak ke kenduri di N9 kawan baiknya kawin. Aku memang awal-awal tak leh masuk ngan geng-geng husband yang kebanyakannya bujang-bujang belaka. Tapi ntah camna tergerak hati nak pegi pulak bila husband ajak. Mungkin sebab dekat N9 je.


Malam tadi siap tido lewat siap basuh baju dan lipat baju sebab hari ni cadang nak bertolak dalam kul 10 pagi. Husband pulak pi jupe kawan tanya jadual penerbangan perjalanan. Tup tup pagi ni dia nak pegi ngan kawan-kawan dia aje. Katanya semua member yang pegi bujang-bujang belaka. Yang dah kawin pun tak bawak bini masing-masing. Aku memang bengang dah dengar. Bukan apa kalau keluar ngan kawan-kawan ntah pukul berapa baru nak balik. Apsal tak leh bawak wife ke klu orang lain tak nak bawak. Perlu ikut kawan ke?


azi : sehingga entri ini dipaparkan 8.10pm husband masih belum balik-balik, dah macam  pegi keje pulak.

3 comments:

karl said...

Salam kak.. bukan ape, time jumpa kawan2 la nak berborak merapu-rapu..tu yang macam x bape sesuai bawak anak bini, hehehe :P

farahajar said...

kak azie..ye ke?ni yg takut bila da kawen ni

MAMA AIZARA said...

Karl: kenduri kawin sesuai la bwk anak bini, makan free tu..hi3

hajar: tak semua laki camtu, husband akak je perasan mcm dia bujang lagi..

 
Copyright by Aziazidah