Title or No Title : Mana satu pilihan

Ok cuba bayangkan anda ditawarkan jawatan-jawatan berikut :-

Pertama
Ditawarkan jawatan sebagai Penolong Setiausaha Gred N41 "Contract For Service" Jawatan ini adalah bertaraf kontrak selama setahun. Akan disambung semula jika perkhidmatan anda masih diperlukan. Jawatan ini adalah lantikan dari Kementerian dimana tempat anda akan bekerja. Gaji yang ditawarkan adalah sekitar RM 2,331.00 ke RM 2,550.00. Tiada kenaikan gaji tahunan.

Kedua
Ditawarkan jawatan sebagai Pekerja Khidmat Singkat@PKS Gred N27. Jawatan ini jugak bertaraf kontrak tetapi selama enam bulan. Perkhidmatan terputus selama seminggu sebelum di sambung balik jika perkhidmatan masih diperlukan. Lantikan juga adalah dari Kementerian tempat anda ditawarkan bekerja. Gaji yang ditawarkan adalah mengikut gaji hari. Bekerja 5 hari seminggu 5 jam sehari. Sehari bersamaan 16.27 sejam X 5 = RM 81.35. Tiada kenaikan gaji tahunan.

Ketiga
Ditawarkan jawatan sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17. Jawatan adalah bertaraf TETAP dan BERPENCEN atau TETAP dan BERKWSP. Lantikan adalah daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam @ SPA setelah anda terpilih ditemuduga daripada ribuan calon yang memohon. Ketua Perkhidmatan adalah Jabatan Perkhidmatan Awam. Gaji yang di tawarkan adalah P1TI sebanyak RM
820.38 beserta elaun diantara RM 395.00 ke RM 595.00. Kenaikan gaji tahunan diantara RM 49.91 ke RM 65.50 berdasarkan lamanya tempoh berkhidmat. Senang cakap ini jawatan namanya KERANI.


Antara 3 jawatan kat atas tu aku pilih yang nombor tiga. Tak apa gaji sikit tapi tetap. Orang tak boleh buang kita sesuka hati. Walaupun tak dipanggil Puan Azi di opis tapi sekurang-kurangnya jawatan kita diiktiraf.


Bagi yang memilih untuk jawatan pertama dan kedua ( bukan memilih kot tapi dah tak ada pilihan kerja) jangan berlagak macam anda bos ye. Sebenarnya anda tu bukan sape-sape. Pihak pengurusan boleh tolak anda dengan mudahnya jika mereka tak suka. Senang cakap boleh buang anda keje bila-bila masa tanpa rasa bersalahnya. Walaupun anda bangga dengan panggilan Puan, Cik, Encik atau Bos itu tak menjamin apa-apa tau.



Bagi penjawat jawatan ketiga pulak janganla takut-takut lagi pada pekerja kontrak ni. Diorang ni kekadang berlagak je lebih. Tahu diorang ada kelulusan dari U tapi kita yang kerani ni pun banyak yang berkelulusan cuma belum bernasib baik. Kalau bernasib baik naik pangkat biarlah jawatan yang tetap atau kontrak yang dari JPA.

3 comments:

PUANSTOBERI said...

Gud choice la Azi. Nati kalo ada peluang keja lain kita ley grab. Another thing is-keja tetap.

Yg PKS suma tu bahaya sket. Nak buat loan tak leh.
Reen kat sini ada gak supervise SPS (contract 4 service gak la). Tu tgh tggu dr kementerian samada smbg ke tak contract. Lagi sian, KWSP, Socso suma takde.

Umm..bagus la sana, peg kontrak pun dpt Puan eh..kiterang kat sini, thp Pengarah pun leh panggil 'kakak' lagi. teheheheh :)

Hajar said...

pilihan yg terbaik sekali..ala kadang2 yg berpangkat tinggi ni x pndai buat keje pun..yg kerani jugak buat keje..diorg pndai mengarah je..cuba suruh diorg buat..lgsung x retikan..

mzhany said...

umm btol gak tuh azie. dr yg kontrak baek amek tetap...xsuke r dgn org yg brlagak ni, pastu nk beza beza kan, sbb status dia lagik tinggi hurmmm manusia....

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY