16 January 2011

30th | Muda lagi..

Macam tak percaya tahun ini usia aku dah 30 tahun, walhal aku adalah anak perempuan bongsu dalam keluarga. Tapi dari segi pembesaran keluarga aku yang paling advance. Anak pun dah nak masuk dua bulan 5 ni, insyaallah. Semua ahli keluarga pun dah membawa haluan masing-masing - masing-masing sudah berkeluarga.



time kandunganku berusia 4bulan


Kecik je aku kan. Orang sekeliling kalau aku keluar berdua atau naik motor berdua dengan husband aku pun mesti ingat kitaorang ni couple lagi. Siap ada yang pandang slack je kat aku bila aku peluk husband aku.



Kereta kancil tu bukan aku punya ok

Laki aku usah cakaplah, lagi nampak macam budak-budak. Kemudaan husband aku dikuatkan dengan mitos yang sentiasa dia pegang iaitu dia penah minum air pokok kayu yang boleh menyebabkan orang tengok dia muda sokmo. 

Ditambah pulak dengan sokongan dari makcik kedai makan di Seksyen 24 Shah Alam yang tetiba je menyapa masa time kitaorang makan kat kedai dia. 

Ayat makcik tu lebih kurang cam gini la : "Itu anak adik ke? Muda-muda dah ada anak....

Muda kebendanya makcik oi kami dah nak masuk 30thn dah. Lambatla tu baru ada sorang anak. Time makcik tu tegur pulak, time husband aku baru pas minum air pokok kayu tu. Yang aku tercogok kat sebelah tak ada la pulak dia tegur muda ke tua ke apa ke. Tapi kalau dah ditegur laki muda maksudnya bini pun muda sekali la kan??


3 Comment:

mzhany said...

huhu sronok dah 30 anak nak masuk 2 dah kan...

PUANSTOBERI said...

bagus la tu awet muda. tak buleh nak agak aiza kecik cena. kalo tgk live tau la ni. hihi :D

Suhaimi Kassim said...

boleh kongsi petua nk awek muda