First time sambut CNY


Lama dah tak menaip...almost seminggu, still bizi dengan rumah baru.



Act. mak aku mualaf cina masuk islam, tapi aku sekalipun tak pernah sambut raya cina. Kenapa? Sebab mak aku duk rumah anak yatim, family yang cina-cina sepatah haram pun tak kenal. Jadi lebih baik aku sambut Hari Raya Puasa & Hari Raya Haji je.


Tapi tahun ini aku rasa macam nak sambut CNY je, mungkin sebab mak dah tak ada. Jadi boleh la sambut dengan makan-makan bersama family dan kawan-kawan. Kalau sambut masa mak ada mesti mak sedih, kecik hati teringat family dia yang tinggalkan dia kat umah anak yatim.


Malam rabu hari tu aku sefamily bersama kawan husband, tak ada kawan aku. Kitaorang ke Shah Alam untuk makan besar. Nama tempat kami makan besau tu aku tak ingat tapi seingat aku belakang Plaza Alam Central. Dah lama tak pegi Shah Alam sejak grad tahun 2009 dulu. Shah Alam lengang ramai balik kg. kot.




Besaunya makanan kitaorang dengarnya harga hampir mencecah lima ratus untuk lapan orang makan. Ok ke? Memang tak ok.. Makanan tak berapa sedap dan kalau dengan RM 500 tu dah boleh dapat manual washing machine. Almaklum aku baru pindah rumah baru, washing machine tak dak. Tapi sebab ada orang murah hati belanja, kitaorang sebat je la.








Tengok perut aku dah buncit sebab makan banyak sangat. Seronok jugak rasanya sekali sekala sambut tahun baru cina. Sayang my mom dah past away almost 10 years ago. Kalau tak boleh ajak sambut sama-sama.


Sebenarnya aku bukan tak nak sambut dari dulu tuk jaga hati mak aku, mak aku bukan jenis orang yang berkecik hati. Tapi sebab utama aku tak pernah sambut CNY kerana tengokla rate sekali makan boleh guna sebulan belanja dapur tu.

No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY