26 February 2011

Semakin hari semakin sayang


Last Friday ada meeting tergempar pukul 4.20pm. 4.30 time aku balik keje, memang tak patut betul diorang nih. Pukul 5pm baru meeting selesai. Rugi setengah jam masa aku dengan sofea.


Dalam meeting membincangkan Isnin, Selasa dan Kamis depan semua staff wajib OT sampai pukul 6.30 petang. Bukan tiap-tiap hari la tapi pilih salah satu diantara 3 hari tu. Reasonnya nak kemas bilik stor. Kalau hari kerja mesti ada yang tak dapat buat sebab ada tuntutan keje lain.


Masa dengar tu memang jantung aku dah luluh, aku memang sejak sofea lahir tak pernah OT sekali pun. Kalau paling lewat balik pun dalam pukul 5 petang. Itu pun kalau terdesak benar macam semalam. Reasonnya aku makin lama makin sayang, makin tak boleh nak berenggang dengan sofea.




Kalau dulu aku MC sakit aku hantar jugak sofea ke nursery separuh hari. Ini kalau sakit pun aku rela jaga sofea daripada berehat. Inikan diorang sesaja suruh aku OT dengan tujuan nak kemas bilik stor. Aduhai macam la aku ni kerja tukang sapu.


Tapi reason paling utama kalau aku OT sampai pukul 6.30ptg bila masa aku nak sampai rumah amik anak kesayangan aku ni. Nursery tutup pun pukul 6.30 ptg.


Pihak atasan kalau nak suh orang OT pikir-pikir keadaan ibu-ibu muda macam aku ni. Tahulah diorang tak kawin lagi dan kalau yang dah kawin tu semua tu ada mak ayah yang boleh tolong jagakan anak diorang. Macam aku yang yatim piatu ni macamana pulak?


0 Comment: