16 March 2011

Berapa hari nak dapatkan statement untuk buat full settlement


Kalau hari ini tak dapat jugak apa yang aku nak, memang aku nak cakap 'bank B' ni agak lembab dari bank-bank yang lain. Even inilah bank yang diagung-agung sejak kecik oleh mak pak kita. Mana taknya sebelum dapat bukak akaun ASB duit-duit raya yang dikumpul masa sekolah rendah semua aku masuk dalam akaun 'bank B' ni.

Ingat lagi masa cikgu bagitau pegawai bank nak datang kat sekolah, sehari sebelum tu semua pakat mintak duit kat mak sepuluh hinggit. Macam-macam yang cikgu cakap untuk pengaruh anak murid menabung dengan 'bank B'. Katanya menabung bagus untuk simpanan masa depan. Tapi bila dewasa semua pakat dok lupakan bank yang banyak berjasa nih.


Sekarang orang ramai berpusu-pusu bukak akaun bank seperti MAYBANK (aku tak ada lagi akaun ni), CIMB (aku baru pi bukak hari ini), RHB (dah tutup tp Kumpulan Amanah Wang Tak Dituntut ada hutang singgit kat aku), BANK ISLAM (Bank gaji aku sekarang) dan banyak lagi la bank-bank lain yang menjadi pilihan orang sekarang.


'Bank B' ni setahu aku dah berkurun lama kewujudannya. Aku malas nak search bape lama tapi sejak aku sekolah tahun 1987 dah ada maknanya sekarang tahun 2011 dah berpuluh-puluh tahun diorang survive. Tapi aku tengok servicenya kurang efficient. Why ha? Patutnya diorang ni kena lebih advance dari bank-bank lain sebab dah lama beroperasi. Dah masak dah faham selok belok dunia perbankan. Ini dia pulak yang paling mundur, paling lambat dalam serba serbi.


Dah 4 hari aku mintak penyata baki pinjaman sebab nak buat full settlement tapi sampai petang ni masih tak dapat-dapat lagi. Sampaikan kena tanya kat Bank Negara pulak. Kalau bank lain dah lama dah dapat. Ke 'bank B' ni dah bijak tak mahu bagitau baki pinjaman aku sebab takut nanti kurangla keuntungan yang diorang dapat.

1 Comment:

Hanie Sidek said...

aku wat loan ngan bank rakyak. nak tgk baki pinjaman.tak sampai seminit pun... wakakaka!!! kalu print out charge rm2. tu jek... bukan payah pun benonye... bagi no. ic, setle... bank b tu lembab sebab dah tua sangat kot...