28 March 2011

cd VCD boleh masuk dalam DVD ke cd DVD je boleh masuk dalam DVD

Kesian sofea dah tiga bulan tak dapat tengok CD kegemaran dia sejak aku pindah rumah baru. Almaklumlah kalau pindah rumah baru mestilah semua barang kena beli baru atau semua barang di sukat untuk dibeli.


Tapi untuk memudahkan aku memasak jadi wajib beli DVD players supaya sofea boleh duk diam-diam sementara mama dia siap memasak. Ini tidak time aku nak masak je time tu lah dia ngendeng nak duduk atas kabinet dapur nak tengok apa aku masak then cakap "Nak...nak..."


Tapi entah mana silap DVD Players yang aku beli tuh tak boleh nak berfungsi dengan baik. Mungkin sebab aku beli murah 99hinggit je, tu yang SONY bagi yang kokak. Tapi aku tak terfikir nak complaint kat SONY even ada warranty setahun. Sebab aku belum godek-godek cari masalah sebenar dvd player tuh. Nanti kalau awai sangat complaint tetiba memang masalah berpunca dari aku tak ke malu dibuatnya.


Sebabkan cd lagu kegemaran sofea tak boleh masuk dalam itu DVD, semalam aku pegi pasar malam nak cari DVD baru buat sofea. Tapi semua cd yang ada kat situ jenis VCD. Tak ada yang DVD. Aku tanya itu ah soo DVD tak dak ke? Dia kata awak punya player jenis DVD ke VCD? Aku jawab DVD tu yang nak cd DVD. Ah soo jawab kalau DVD player, cd VCD boleh masuk ma.. Kalau VCD Player, cd DVD tak boleh masuk. Aku jawab tak boleh masuklah kalau VCD, saya nak DVD. Ah soo jawab 'Boleh maa...sy punya ini pun DVD Player'.


Ermm..iye ke?? Then aku beli la cd sepuluh hinggit tu dalam keadaan cuak. Balik umah aku terus pasang tapi still tak boleh nak kuar gambar. Hanya kuar perkataan DVD players. Then aku amik remote DVD tekan satu button tetiba terkeluar lagu Twinkle-twinkle Little Star. Punyalah suka sofea.


Button yang aku tekan tuh button PLAY. (Bodoh betul aku)

2 comments:

PUANSTOBERI said...

teheheheh... seb bek tak call Sony lagi.
Dia kan kalo DVD player, mmg bleh masuk VCD. Tp kalo VCD player, tak buleh masuk DVD.

Simple je, macam PC kita gak. Kalo PC kita software microsoft latest, mesti leh bukak dokumen yg guna microsoft lama, tp kalo kita guna yg lama, tp ada org antar dokumen guna microsoft latest, tk buleh bkk.

ceh..tetiba plak jadi IT savy kengkonon miahahaha.

mamaaizara said...

itula reen...buta IT

 
Copyright by Aziazidah