17 March 2011

Perempuan pun pandai menipu tapi siapa pun takkan terlepas


Sayes aku terkejut ingat lelaki je pandai outer2 payslip ni. Rupanya pempuan pun dah setaraf dengan lelaki sekarang. Zaman IT ni semua orang kena pandaikan. Aku je yang bengap. Bengap hal yang tak baik tak pe kan. Jangan bengap hal-hal yang sepatutnya nanti orang terus kata bodoh pulak.



Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak. Kalau di outer payslip tu pun tak guna, lainlah kalau kau dah bayar semua orang kat bank yang kau nak buat pinjaman tu kan. Kalau nak buat confirmation gaji nanti ke mana lagi diorang nak confirmkan kalau tak Bahagian Gaji. Dah sah-sah la gaji yang di outer tu tak sama dengan payslip original.



Ha...sape nak jawab tu. Last-last kau jugak yang kena dengan pihak atasan. Dahla tak confirm lagi. Boleh pulak kau bagi alasan kawan kau nak submitkan application tu yang outerkan payslip kau, kau cuma nak buat personal loan tapi kawan kau kesian kat kau sebab tahu pinjaman ko tak kan diluluskan.



Bila aku tengok dalam report, gaji kau, dua tiga percent lagi nak sampai hak maksimum potongan. Memang takkan lepaslah. Kau rasanya pun dah tahu kan. Tapi kenapa nak proceed sesuatu yang kau pasti tak kan dapat. Alasan kau memang tak masuk akal tapi boleh pulak bos percaya citer kau. Hebatlah kau dapat pengaruhi bos. Nasib kau memang baik kali ni. Tapi di nasihatkan lain kali janganlah buat lagi hal-hal tak berfaedah gini. Nanti kau sendiri yang rugi.


azi : teringin jugak nak tahu camna diorang outer2 payslip ni. Ada sape2 boleh tolong ajar?

2 comments:

PUANSTOBERI said...

ini la sbb agaknya penjawat awam da makin ramai di istihar muflis. entah la... apa la yg tak cukup agaknya tu kan...

mzhany said...

wow berani nya dia azie...ishhh

 
Copyright by Aziazidah