Aku jumpa artis-artis ini kat KPMC

Semalam dah start check up kat KPMC Puchong. Dah decide nak bersalin kat spital swasta untuk second baby nih. Appointment dalam pukul 8.30 - 10.30.


Sampai je kat perkarangan KPMC tengok ada banyak lampu tinggi-tinggi. Terang lagi bersuluh. Rupanya ada orang shooting kat luar perkarangan KPMC. Aku buat dek jer lah kan, tak kan nak terhegeh-hegeh nengok sape artis yang ada kat situ.


Tak lama kemudian team produksi tu masuk pulak dalam KPMC. Team tu pandang slack je masa kitaorang nak duk kat kerusi belakang artis diorang. Terus aku beralih ke row yang lain.

Kemudian muncul pulak artis yang nak berlakon tu. Tau sape? Sape?

Jeng jeng jeng....



Aida Rahim




Anne Ngasri 


&

Zefrul




Aku pun apa lagi curi-curi pandang dioranglah sampai mata terguling-guling, malu ah nak tengok terang-terangan macam jakun sangat. Melalui pemerhatian aku yang terhad tuh, aku tengok muka Aida Rahim paling tak sama, paling beza di luar dengan dalam TV. Yang dua artis lagi ok. Sama. Maknanya Aida ni kureng skitlah kat luar yea. Jangan marah Kak Aida. Pandangan ikhlas. hik hik


Bukti aku jumpa diorang?


Memang takde bukti ok. Mesti kata aku reka ceritakan.

Tak kan aku nak terhegeh-hegeh mintak tangkap gambar masa diorang tengah berpeluh-peluh shoot. Sofea pulak asyik buat bising je time diorang shooting. Aku tengok director tu dah bengang giler. Ditambah pulak dengan bunyi mesin urut GINTEL yang berbunyi kuat. Time tu pulak lah dua orang mamat India tu duk guna nak berurut.  Masam mencuka muka tuan director. Sian! Tak kan nak marah kitaorang pulak ye dak..


Aku rasa muka Sofea ada dapat tempias skit masuk TV. Silap-silap aku sekali pun ada. Dah sibuk mengexposekan diri dekat si Zaefrul tuh.


Sayang tajuk drama ni tak di ketahui sebab director tu xpegang pun papan yang untuk take meng'take' tu.  Kalau citer dalam TV selalu ada kan papan yang tulis tajuk cerita, ni zaman dah berubah kot.


Untuk tujuan pengecaman drama ni, sinopsis dia lebih kurang gini. Memula mesti ada Pusat Perubatan KPMC, Puchong. Aida Rahim & Anne Ngasri pakai dress. Anne Ngasri tergesa-gesa bangun cium tangan sorang aktor ni (aku tak kenal). Aida Rahim perkenalkan Zaeffrul dengan aktor tak kenal ni sebagai doktor Halim. (amacam boleh camke?????) Macam aku je yang boleh cam.


Itu je babak yang diorang duk shoot berpuluh-puluh kali. Bila aku siap jumpa doktor aku tengok si  Zaefrul dah tukar baju lain. Tukar kat tepi jalan je.


Then kitaorang balik umah je ah. NGANTUK. Terus tido!

1 comment:

mzhany said...

ahaha betol la kan azi, idokle nak hegeh hegeh dgn perot memboyot, nak ngambil gambar kan...huhu...

ok nnti kita cari cerita yg ada zaefrul, aida n anne tuh ;)

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY