18 April 2011

Contoh-contoh yang perlu dibuat dalam hidup bermasyarakat tapi akhirnya menjerat diri sendiri

Contoh 1 : 
Makan burger ajak opismate sebelah tempat duduk.

A: Makan?
B: Sikit.
A: Ambiklah
B: Aku suka makan daging burger je, roti tak suka.
A: Ok
B: Sikit lagi.

*Last2 dia bedal habis daging tinggal roti je untuk aku.



Contoh 2 : 
Ambil berat opismate sakit.

A: Selsema ke?
B: Haah. Ada tisu?
A: Ada.
B: Bak sikit.
A: Nak (bagi segulung)
B: Aku pegang dulu ye tisu ni.

*Last2 tak reti-reti nak pulang. Pakai sampai licin.



Contoh 3 :
Mengambil tahu perkembangan opismate.

A: Hari ni anak kau mula masuk sekolah kan.
B: Haah, banyak duit kena pakai.
A: Biasalah, tu yang kena menyimpan dari awal.
B: Duit memang ada, tapi tak ada masa nak pi ambik kat bank. Sibuk uruskan persiapan sekolah anak. Aku pinjam duit ko sepuluh hinggit dulu. Esok aku bayar.
A: (Bagi dengan tak rela)

*Esok lusa sampai hari ni tak berbayar-bayar.



Contoh 4 :
Ini kes menjerat diri sendiri.

B: Aku punya periuk nasi dah meletop.
A: Apsal boleh meletop.
B: Dah lama sangatlah tuh. Hari ni nak pergi market cari periuk elektrik baru.
A: Aku ada periuk lebih ko nak beli? Aku jual murah-murah.
B: Oklah kalau macam tu. Esok ko bawak.

Esok :-

B : Mana periuknya.
A: Ada dalam kereta. Jom pi amik.
B: Ok. Aku bayar 20 hinggit dulu. Nanti balance aku bayar kemudian. tak cucuk duit kat bank lagi.

* Dah berminggu-minggu masak still tak berbayar-bayar lagi. Berkat ke anak laki ko makan nasi masakan ko tu.



Oit si B, nak tegur salah tak tegur pun salah. Ke memang salah aku. Kalau kita tak berbaik-baik dengan kawan opis atau jiran tetangga nanti dikatakan sombong pulak.

Tapi faham-fahamlah hak orang tetap hak orang, jangan buat hak sendiri pulak.

Kata nabil " lu pikirlah sendiri"


Klik INI & INI kalau rajin untuk mengembalikan nilai wangku yang telah hilang itu.

Serius dalam hati masih geram dengan kes ke-4 itu. Mana nak dapat periuk nasi elektrik harga dua puluh hinggit zaman sekarang. Yang kecik dan cikai pun lima puluh hinggit keatas.

4 comments:

PUANSTOBERI said...

siannya Azi dpt kawan camtu. Kat sini, mujur takde..or mungkin tak terjumpa lagi kut. Bahaya oih. Tak ptt betul kan. bagi makan, di makan nya smpai abis.
Err...org yg sama ke B tu??

(err.. ter kak nap la plek.. hihiks)

mamaaizara said...

1&2 xsam dengan 3&4, 1 & 2 org yg sama. 3 & 4 org yg sama...

mzhany said...

umm azie, dek dah tahu prangai dorg tu, kalau bleh len kali jangan la offer ape2 yg agak berharga lah, bukan kedekut azie, tapi kalau dah org asyik buat mcm tu...susah jugak. bukan kedekut atau berkira, tapi berhati hati...

kt opis hany lak, kitorg jenis mcm ni, kalau ko tak berkira dgn aku, aku pun tak, tapi once ko dah berkira dgn aku, nasib la...dan ini sgt berkesan. mcm hany dgn sorg tu, kitorg masing2 tahu prangai jenis tak berkira, so masing2 dah fhm, hari ni pinjam duit esok luse bagi la balik, next time mcm tu la dia dgn kita.

even brg2 pun mcm tu. ini mungkin kitorg la kan...tak semua org sama kan.

mamaaizara said...

itulah hany, silap azi..kita ni buatlah baik tapi diorg lgsg xhargai...pasni kena lebih berhati2..

 
Copyright by Aziazidah