19 April 2011

Menyedihkan kakitangan kerajaan terpaksa buat itu ini bagi menampung perbelanjaan seharian

Sejak dua menjak, sebulan dua bulan, sehari dua hari ni, cuepacs sibuk memperjuangkan kakitangan gred bawahan dalam perkhidmatan kerajaan. Daripada cadangan memansuhkan gred 1 - 16 kepada penyerapan ke gred 17 ke permohonan minimum gaji sebanyak RM 820/RM 900.00 dan syor menghentikan pengambilan kakitangan lulusan PMR. Semua tu benda yang samalah kan. Yang berkait mengait.


Kalaulah korang boleh melihat satu persatu payslip kakitangan kelas bawahan ni, gaji bersih yang tinggal setiap bulan kebanyakannya sekitar RM 400.00 ke RM 700.00. Ada yang pernah aku lihat gaji bersih dalam RM 200 je sebulan. Bahagian potongan hampir 90% daripada diorang ni mempunyai potongan angkasa sekitar RM 600.00 ke RM 800.00 sebulan. Kekadang rasa tak logik macammana diorang boleh survive untuk hidup kat kota metropolitan yang penuh pancaroba ini (ayat sikit punya debomb ko). Mungkin disebabkan itulah cuepacs sibuk mintak itu dan ini. Sibuk membela diorang.


Kata cuepacs kenaikan gaji yang diminta adalah untuk mengurangkan mereka daripada bekerja sambilan selepas waktu pejabat. Tapi setahu aku tak banyak yang bekerja part time diluar tapi mereka lebih kepada membuat overtime selepas waktu pejabat yang tidak munasabah. Kekadang ada jugak yang membuat overtime sebelum waktu pejabat bermula. Contohnya datang awal sejam dua sebelum opis hour (boleh ke tu).


Dari segi pembayaran overtime atau apa-apa claim bagi golongan ini tak usah cakaplah. Memang suffer dibuatnya orang kewangan seperti aku. Walaupun aku tak buat bayaran tapi kesian kat member-member aku yang tak pasal-pasal asyik kena sembur je. Sebab diorang ni ada link baik punya. Kita pulak yang jadi takut dengan diorang. (ha3...content out of topic pulak).


Pointnya kat sini aku nak tulis kalau mereka dinaikkan taraf setaraf kerani, kerja-kerja pekerja am sape nak buat eh? Rasanya kita masih lagi memerlukan golongan bawahan seperti mereka. Kalau dah sama level susah nanti nak suruh buat itu ini. Sekarang ni pun dah cukup payah. Dan last, cuepacs tak nak ke perjuangkan hak kakitangan golongan pertengahan terutama yang dalam bidang W ni. Kami selalu terpinggir (ayat sedihlah pulak).

2 comments:

Hani Sidek said...

sebenarnye gaji tu cukup kalu xmerepek2 wat loan yang tak perlu. ntahla... kalu yang bawahan tu... mmg payah nak cakap... aku dah rasa, sangat tensi.

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

alamak upanyer mintak simpati yer...sayer sokong!!!hehhe

 
Copyright by Aziazidah