18 April 2011

Sambungan : Sofea hisap darah semula

Dah lama tak update pasal sofea. Mesti mak ngah ngan mak su sofea rindu nak tahu perkembangan sofea kan? kan? kan? Nak tahu pasal perkembangan sofea ke nak tengok gambar sofea lebihnya?





Budak ni dah makin tembam, kuat makan sayur tapi kurang makan nasi. Nak jadi vegetarian agaknya. 


Straight to the pointlah, kan dulu aku ada bising-bising nak berhentikan sofea menyusu badan. Dan aku berjaya menghentikan, tapi masalahnya sekarang aku rasa bila time tido sofea dah lupa penangan garam yang pernah singgah dalam mulut dia agaknya.


Bila malam menjelma mulalah tangan dia merayap-rayap cari tetek dan terus sumbat ke dalam mulut. Yang aku ni pulak tido mati, ingat sofea menggentel puting. Kalau aku sedar memang aku tarikkan ke keluar. Tapi keadaan tidak kritikal dan masih dapat dikawal. Siang sofea faham tetek tu untuk baby dalam perut nih.


Act. tinggal dalam tiga minggu lagi kami sekeluarga akan dapat ahli baru. Aku rasa kalau aku layankan sofea menyusu sikit-sikit mesti lepas bersalin boleh menyusukan sofea semula. Taklah membazir waktu time susu tengah banyak tu. Bolehlah mereka dua beradik berkongsi.







Boleh ke macam tu? Apa kata korang? Pernah jadi situasi macam ni tak?


2 Comment:

Zyash said...

cube letak kopi pahit...mak dulu buat adik mcm tu....huhu...

mamaaizara said...

memalam je dia nak hisap tetek tu yg malas nak letak apa2...ngantuk....