12 June 2011

Doa seorang isteri

Memang aku lambat sesangat tulis pasal perlawanan bola sepak Piala FA semalam, Kelantan menentang Terengganu. Sebab aku tak minat bola, sebab aku bukan penyokong kedua-dua pasukan dan sebab aku memang sakit hati asyik Kelantan aje yang ke final.


Walaupun aku tak tengok perlawanan semalam kat stadium atau TV, tapi aku ada curi-curi dengar result masa berita kat TV3. Terengganu menangkan 2 - 1, pastu pemain kelantan terjaringkan gol ke gawang sendiri. Sape ntah pemain tuh. Daud Su ke sapa?.


Ingat tak masa tahun 2009, Kelantan bertemu Negeri Sembilan. Kalah jugak kan?

Time tu aku baru lahirkan sofea. Sofea lahir kat Kelantan. Piala FA kat Bukit Jalil. Kalau tak silap usia sofea baru 7 hari. Husband duk terhegeh-hegeh beli tiket nak balik KL tengok bola. Tinggal aku terkontang kanting dua tiga hari sementelaah dia kat KL. Semalam pun sama, gigih nak pergi tengok bola.


Walaupun aku dah habis pantang, baby dah 47 hari tapi tega teganya dia pergi. Lagi teruk dari tahun 2009. Tertinggallah aku sorang-sorang kat rumah. Pukul 3 pagi baru sampai umah. Jalan jem. Ntah betul tidak tak pasti. Atau melencong ke tempat lain.


Kalau nak tahu kenapa Kelantan kalah semalam, bukan sebab Daud su jaringkan gol sendiri, bukan sebab pemain Kelantan tak bagus, tapi sebab doa-doa isteri seperti aku. Doa isteri yang kena tinggal. Jadi balasannya sia-sia sahaja pergi, balik hampa kan???? Penat ada.... o__________o


kih kih kih...macam iye-iye aje aku berdoa Kelantan kalah. Percaya ke?

3 Comment:

Hani Sidek said...

kod iklan tu yg aku tak jumpe kat groupon aku neh... fenin.. fenin..

mzhany said...

azi, percayalah MZ azi tak melencong, memang pun logik sampai ke rumah kul3, mmbe hany husband dia pun smpai rumah kul3. mzhany sampai umah kul1 sebab kitorg wisel tamat je terus keluar stadium, so tak jem. even naik motor, keluar lewat memang jem azi.

hehehe beriya ok backup MZ azi ni...hihihi

Azi said...

iyela kn hany...azi tau mmg jem wlpn xpenh pi stadium tgk bola. mintak2 tahun depan klate xpi final lg...hi3