11 June 2011

Jom cuti-cuti Malaysia

Ok, semalam dah suruh my sister fakskan Borang Cuti Bersalin (i choose 90 days) dan Borang Cuti Menjaga Anak (diperuntukkan 5 tahun). Tapi idaklah aku nak cuti sampai 5 tahun. Aku dah amik cuti tanpa gaji 2 bulan masa lahirkan sofea jadi tinggal 4 tahun 10 bulan je. Juga tidaklah aku nak cuti selama itu. Aku nak amik tak lama sampai hujung tahun ni aje. 5 bulan.


Banyak sebab aku nak cuti ni. Antaranya..............
  • Mestilah sebab aku nak berehat sepuas-puasnya. Walaupun aku tahu kalau dah ada anak kecik jangan haraplah kau boleh rehat puas-puas. Plus bukan sorang anak, dua pulak tu. Pastu dapat lak anak buas cam sofea. Jadi tak ada istilah nak berehat puas-puas. (wei nape anak aku kali ni tak boleh baringkn langsung, letak skit sure nangis).
 
  • Aku sebenarnya dah malas nak mengadap Putrajaya tiap-tiap hari. Penat owh dengan masalah parking, masalah menjadi Pembantu Akauntan. Setiap hari sebelum sampai opis otak dah ligat fikir nak parking kat mana hari ni. Nak parking jauh ke atau follow belakang kereta bos-bos rapat-rapat supaya boleh dapat masuk di basement. Kalau parking jauh, jauhlah nak jalan..penat... Dah penat kena fikir pulak hari ni nak buat kerja apa. Nak kena berpura-pura banyak kerja. Kalau dapat makan gaji buta memang best tapi kalau sebulan dua tiga hari buat kerja selebihnya melangut bosan jugak kan. Paling tak best ada lak yang sound tak de kerja ke...


  • Aku nak tengok pembesaran anak dengan mata sendiri. Nak buat semua dari A to Z. Dulu masa sofea 4 bulan duduk kampung, semua mertua yang uruskan. Dari mandi ke basuh baju semua mak mertua yang buat. Itu pasal lepas dah 6 bulan baru nak dapat shape macam masa sebelum mengandung.


  • Aku nak elakkan cost yang berlipat kali ganda kalau aku pergi kerja. Bayangkan sekali jalan ke opis dah kena tol RM 3.20, sehari dah RM 6.40. Kalau sebulan dah berapa? Korang kiralah sendiri. Aku lemah mathematic dan bab kira mengira nih. Pastu minyak petrol seminggu dah RM 50, 4 minggu dah RM 200. Belum masuk kalau aku nak pergi jenjalan hari sabtu ahad. Dan lagi, kalau aku pergi kerja sure kena hantar anak kat nursery. Sorang RM 250, dua orang dah RM 500. Itu belum masuk hutang kereta, lori, personal loan bagai. Pasti kalau aku pergi kerja duit gaji aku abis untuk bayar hutang. Silap-silap duit untuk makan tengahari pun tak ada. Untuk mengelak malu aku tak makan tengahari (padahal sebab aku kuat makan) baik aku cuti duk rumah lagi bagus.


Korang sebenar-benarnya diatas itu hanya alasan, sebab paling yang utama aku nak cuti tanpa gaji sebab aku sayangkan anak-anak aku tanpa syarat.  Ini je yang aku mampu buat. Kalau aku ni kerja swasta dah lama aku berhenti kerja sementara waktu. Walaupun aku tak ada income lain aku tetap pilih untuk bercuti.


Yahoooo...dapat jugak aku bercuti panjang kali ni.

Kawan-kawan, aku naik kerja semula insyaallah 23hb Dec.


3 Comment:

sugar2 kapas strawberry said...

taktahulah mcm mana bila sy ada anak nti

PUANSTOBERI said...

mangaii...best nya Azi. Tp nati kalo lelama sure lemau rasa nak masuk kijer balik kan.
Kadang rasa mcm bes tgk org keja putrajaya, kdg mcm rasa bes lagi keja tgh2 KL ni.
Hurmm... idup kita cemtu la kan Allah nak uji.
Apa pun, Azi pasti yg terbaik utk Azi n family kan :))

Azi said...

sugar2 kapas: biar naluri keibuan yang menentukan semuanya.
reen: mmg pasti akan lemau...ntah2 mau smbung lg pas abis cuti..