20 June 2011

Mitos Susu dan Minuman

Nak perbanyakkan susu badan?

Ini antara perkara yang selalu bermain di fikiran ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Aku? Juga tak terkecuali termasuk dalam golongan yang sering mencari maklumat tentang bagaimana nak memperbanyakkan susu badan.


Rungsing perkara yang sama terjadi keatas sofea {terpaksa topup dengan susu formula seawal kelahiran} aku persiapkan diri seawal usia kandungan 3 bulan dengan mencari seberapa banyak maklumat tentang bagaimana nak memperbanyakkan susu badan. Setiap hari aku buat research di internet.


Ada yang kata boleh banyakkan susu badan melalui makanan dan minuman. Ada juga yang kata melalui pemikiran. Dengan tagline "jangan stress, mesti ceria, yakin susu yang kita ada cukup untuk anak". Pasti ada hasilnya. Tapi ayat-ayat sebegini tidak begitu menyakinkan aku untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu sepenuhnya. Jadi aku teruskan mencari info yang lebih bermanfaat.


Kat sini aku nak cerita pasal minuman.


Sewaktu nak berhentikan sofea susu badan, ada individu yang suggestkan aku meminum Shaklee. Aku cuba yang trial pack, walaupun agak mahal tapi demi anak, aku sanggup beli. Sekali makan aku dah giveup nak teruskan. Ubatnya mak bapak besar, nak telan pun susah. Minuman susunya tak sesuai dengan tekak aku. Walau pun berusaha telan tapi tak sampai setengah sebulan aku dah berhenti. Hasilnya? Off courselah tak ada apa-apa.


Selain itu, ada jugak yang suggestkan minum certain minuman untuk tambahkan susu. Minum Horlick dan air longan. Yang ini aku cuba juga. Horlick aku minum setiap pagi sewaktu mengandung dan teruskan sehingga sekarang. Air longan aku minum masa mengandung dan stop waktu pantang. Nak buat air longan ni, punyalah dengan bersusah payah aku cari  buah longan kering. Cari kat tesco, giant, mydin tak jumpa. Akhirnya di Carrefour ada. Rasanya air horlick tak banyak beri kesan, air longan kesannya tak berapa pasti sebab belum sambung minum lagi lepas bersalin ni.


Selepas kelahiran Muhammad Amrullah Hakeem, susu badan memang kurang. Mungkin belum keluar banyak lagi. Tapi bila dah seminggu lebih masih tak ada banyak perubahan aku cuba ikhtiar dengan cara berurut. Alhamdullilah malamnya susu melimpah ruah. Tapi sebelah sahaja yang berlebihan sebab aku pernah operation jadi nak urut lebih-lebih bahagian operation tu tak berani. Jadi aku masih belum berpuas hati lagi.


Dalam sibuk-sibuk minum minuman untuk memperbanyakkan susu badan, nafsu mula menguasai tekak aku. Nak minum minuman berais sememangnya tak boleh. Aku pantang air ais masa sofea dulu pun sampai 8 bulan, ini dua bulan pun belum. Nak minum air epal susu, air jus oren, air teh tanpa ais mana sedap. Jadi aku terfikirkan air Barli.


Ye..air barli panas paling sesuai untuk tekak orang yang berpantang ais. Sehari minum gian nak minum kali kedua. Esok beli lagi. Malam kedua terasa perubahan pada buah dada. Membengkak hingga tegang urat. Hakeem hisap susu belah kanan, belah kiri meleleh keluar. Hisap belah kiri belah kanan meleleh-leleh keluar. Waktu siang pun susu masih banyak meleleh.


Mungkin ini jalan yang Tuhan nak tunjukkan pada permasalahan aku. Dengan RM1.00 setiap malam hari, hasilnya sangat memuaskan. Susu bertambah banyak. Aku tak reti nak buat air barli ni. Just beli kat kedai sehari sekali. Minuman yang disyorkan kawan-kawan aku amalkan juga tapi rasanya tak seberkesan air barli ini. Masuk hari ini dah 4 hari aku amalkan minum air barli ni. Hasilnya alhamdulillah. Mudah-mudahan aku dapat menyusukan hakeem dengan susu badan sepenuhnya sementara cuti lama ni.


Cubalah kawan-kawan atau pada siapa-siapa yang berniat nak tambahkan susu badan. Mana tahu serasi.

7 Comment:

Zyash said...

Wah...thanks for sharing....hehe...ilmu ne...huhu

mzhany said...

azi,macam tu eh...umm ok ok terima kasih, hehehe kena kumpul ilmu dari awal nih;)

Ayu Hashim said...

assalam perkenalan.. cuba pakai corset premium beautiful.. insya-allah mmg sesuai utk ibu2 lepas besalin.. & dia memperbanyakkan susu badan jgk..

http://www.ayuhashim.com/2011/06/what-premium-beautiful-can-do.html

http://www.ayuhashim.com/2010/12/saya-bf-bole-pakai-pb-ke.html

Sunah Sakura said...

nanti da kawen dah ade anak leh la jadikan panduan ni.. hehhe..

mamacomel said...

Assalamualaikum Azi,

Saya antara ibu yg mempunyai masalah yg sama..cuma saya nak tahu..boleh ke saya minum air barli masa dlm tempoh pantang bersalin..

Azi said...

wslm mamacomel...sy xminum masa pantang, lps abis pntg bru minum...mse pntg minum susu dn milo, yg lain2 xberani, mk metua pn xkasi

mamacomel said...

oo..yeke azi.
xpe..lepas pantang saya minum hehe..info azi nih memang bagus..thanx yaa..