21 July 2011

Kerana Semangkuk Laksa


Nak citer dua hari lepas kawan-kawan opis terbukak hati nak datang melawat Hakeem. Nak di ikutkan next week hakeem akan masuk tiga bulan dah. Cepatnya je masa berlalu. Diorang ni pun apalah dah nak abis cuti baru nak memunculkan diri. Tapi tak apalah janji diorang nak jugak datang bertandang ke rumah aku daripada sedara rapat yang langsung tak nampak bayang. Tak reti-reti nak melawat ke apa. 







Kalau dah diorang datang lepas pantang, wajib ada sesi jamu menjamu. Kalau nak diikutkan untuk makan hari-hari pun aku sempat tak sempat nak masak. Hakeem payah nak tinggal sekejap pun, asyik nak berdukung tak pun nak berhenjut. Jadi macam manalah nak entertain diorang ni.



Bila pikir-pikir, payah-payah masak laksa je lah. Masak malam esok panaskan je. Kuah laksa lagi lama simpan lagi sedap kan. Aku ni dah lama sebenarnya tak masak laksa ni. Bila dah lama tak masak macam-macam bahan yang lupa dibeli. Lupa beli timun, lupa nak beli laksa pun. Hanya ingat beli bahan tuk buat kuah je.



Bab laksa ni aku suka pakai laksa kering dari laksa basah. Laksa basah tak sedap. Rasa macam getah. Hari tu aku first time beli laksa kering jenama Eka {bukan aku husband aku}. Bangga je dia bawak balik laksa yang pembungkusnya sangat cantik. Bila aku rebus laksa tu tak kembang-kembang. Rupanya salah beli laksa siam da.. Terpaksa beli lain. Laksa siam ni halus-halus, orang kelantan suka lah pakai laksa siam tuk buat laksa. Tak sedap.



Macam-macam hal lor nak kasi member opis makan semangkuk laksa. My husband cakap beli kat kedai je lah lima enam bungkus kasi diorang makan, kan senang. Pemalas tul my husband ni. Kalau aku beli laksa sebungkus RM 3.50 X 8 org = ?. Ni aku masak kos tak sampai 10 hinggit dah boleh makan tuk 10 orang. Habis licin lak tu. Kalau berniaga Ramadhan ni sure untung. ^___^.


2 comments:

PUANSTOBERI said...

Laksaa.... my feverettt... :)

Azi said...

me 2, sedap kn

 
Copyright by Aziazidah