Seminggu Berpuasa

Update laju-laju pagi hari..

Dah seminggu umat islam berpuasakan..Rasanya belum terlambat nak ucap SELAMAT BERPUASA semua. Alhamdulillah setakat ini masih mampu berpuasa walaupun menyusukan baby.


Menyusu bukan halangan untuk berpuasa ya walaupun kita dibolehkan untuk berbuka kalau tak larat. Pastikan kita ambil minuman dan makanan yang berkhasiat serta boleh menambah tenaga. Yang pasti setiap pagi sahurku adalah dengan minuman Ho ho ho horlick {macam dalam iklan TV Liza Hanim ngan anak dia tu}. Memang berkesan minuman ni. Aku sampai ke petang masih ada tenaga.


Mesti ada yang tanya nape dah lama tak bersiarankan. Ada ke? Sebenarnya SIM CARD maxis broadband ni buat hal. Tak boleh detect. Nak tukar Sim baru ntah bila sebab pakai nama kakak ipar. Hanya tuan punya badan je yang boleh tukarkan. Nak balik kampung ntah bila-bila. Setakat hari ni husband masih kukuh dengan pendirian tak nak balik raya di kampung. Macam mana nak kelentong maxis supaya dapat tukar sim baru ni ha... any idea friend? Ni pun just pakai free HOT TICKET.



No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY