21 October 2011

Hobi berbudi pada tanah

Ntah mimpi apa ntah tetiba muncul hobi nak bercucuk tanam dalam minda ni. Padahal sebelum ni nak pegang pencakar sampah pun malas.

Agaknya sebab lama sangat duk memeram kat rumah. Takkanlah setakat jaga dua orang anak je. Teringin jugak nak buat sesuatu yang bermanfaat.

Ikutkan nak belajar jahit. Kalau nak menjahit kena ada mesin jahit. Mesin jahit ada tapi dah kondem. Pikir punya pikir rasanya baiklah aku berbudi pada tanah. Ada jugak hasilnya kan.

First tanaman yang di set nak tanam. Ya...daun sup!.

 Lihat tu sekuntum daun yang sedang mekar berkembang. auww...

Cara menanamnya mudah saje. Just pegi beli daun sup di pasar, ambik akarnya dan rendam semalaman dalam air. Esoknya boleh dah transfer ke dalam bekas berisi tanah. Siram 2x sehari. Bekas akuarium terbiar ni mr.edy yang bagi.

Second, aku choose tanam pokok serai. Mr.edy yang tolong tanamkan. Gambar non ada. Malas nak snap belakang rumah. Aku take part bahagian siraman.

Lepas mak aku dah tak ada, kakak kedua aku yang selalu bercucuk tanam. Since dia pun dah kawin nampaknya memang aku kena tanam sendiri la jawabnya.

Kalaula pokok pokok ni dapat hidup segar bugar bolehla aku masak tomyam dan sup selalu. Kebetulan my doter memang suka makanan berkuah.

Next nak tanam apa pulak ye?

No comments:

 
Copyright by Aziazidah