10 October 2011

My son mula membawa diri

Hari ni birthday sofea yang ke 2. Tapi kami tak ready apa-apa pun. Ingat nak bawak dia pergi ke Giant Putra Height. Sebabkan dia masih tak sihat, still muntah muntah bila makan, jadi tak jadilah. Dok mengeram kat rumahlah jawabnya.

Better tumpukan pada Hakeem yang baru nak mulakan makanan pertama dia.. Sy just bagi nestum. Gila banyak dia makan. Siap jilat sudu tu. Sy tak campur pun dengan susu sebab sy tak prepare susu perahan. Sofea dulu pun sy bagi cam gini jugak.

Bezanya sofea dulu lagi awal, 3 bulan dah mula makan. Kali ni hakeem sy buat ikut acuan sendiri. Ikutkan bila dah betul betul enam bulan baru nak kasi mamam. Tapi sebab mr.edy dah duk bising bising, menceceh suh kasi anak makan. Macam macam dikatanya, sy ni tak nak ikut cara mak dia la. Sy ni kedekutlah. sy itu sy ini...

Nak dijadikan cerita sebentar td boleh pulak hakeem guling kanan guling kiri guling depan guling belakang sampai ke dapur. Dekat rumah yang sekangkang kera besarnya memanglah tak mustahil boleh guling sampai kesitu.

Tapi tak lama pas tu dia mula buat action heret dada pulak. Kedepan sikit demi sikit mencapai book kakak. Lagilah mr.edy yakin sebab hakeem dah makan itu pasal dia kuat, boleh bawak badan. Maknanya sy ni patut dari awal lagi dah beri hakeem makanla....


tingginya bontot hakeem

3 comments:

PUANSTOBERI said...

alala...shomel nya dia.. hikss :D

Azzah said...

ala comeynye..geram tengok

Azi said...

hi3 tq

 
Copyright by Aziazidah