06 November 2011

Cara melembutkan daging

Jom masak daging korban jom. Mesti korang punya fridge penuh dengan stok daging. Seminggu ni makan daging je lah kan.

Tapi aku tak tunggu daging korban, awal-awal lg aku dah beli daging kat pasar. Nak masak pagi raya.

Maklumlah tahun ni tak balik raya, kalau kat sini nak dapat daging korban kena pi amik sendiri, kena ada kupon. Malas ah. Tunggu je daging kiriman mak mertua dari kampung.

Kalau dah masak daging import ni tahu-tahu je lah tahap keliatannya. Nak tercabut gigi mengigit dibuatnya.

Tapi jangan risau, kita orang melayu ni ada banyak petua cara melembutkan daging.

Pertama:
Letak sudu masa masak daging.

Cara ni aku tahu lama dah. Tapi tak pernah cuba sebab sudu tu macam mengganggu time aku nak gaul daging.

Kedua:
Letak kurma 3/4 biji dalam masakan.

Aku baru tau cara ni masa nak masak tadi. My sis yang bagitau. Macam boleh percaya sebab dagingku lembut semacam je tadi.

Cara lain ada sapa-sapa tau x?

0 Comment: