15 November 2011

Menangi ipad2, Samsung Galaxy Tab, Netbook Percuma

Baru sebentar td aku dapat email dari JobsMalaysia Customer Service yang menjemput buat kajian JEMPUTAN KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN SUSULAN. Survey untuk graduan yang telah tamat pengajian 6 bulan dan keatas. 

Survey-survey ni memang aku malas sikit sebab soklan nak kena jawab panjang-panjang. Lama-lama komputer pun boleh hang. Lebih-lebih time broadband dah nak habis limit. 

Tapi demi Kem. Pengajian Tinggi nyer pasal tak pelah. Aku jawablah apa yang diorang nak tau. Orang gomen mesti kena support gomen kan? Ok tipu...  kalau dah malas tu malaslah jugak. Ko jawab sebab nak hadiah free kan?.





Para-para graduan sekalian yang berminat nak menang ipad2, Samsung Galaxy Tab, Netbook dan banyak lagi boleh layari laman web ini  graduat.mohe.gov.my/kajiansusulan.

Survey yang cukup-cukup mudah. Register dulu pastu jawab dengan jujur mengenai diri anda ok. Jangan tipu-tipu nanti insyaallah boleh menang hadiah. Tarikh tutup 30 Nov 2011. Tak lama dah tu.

0 Comment: