Loading...

23 November 2011

My baby stroller

Stroller baby ni macam dah jadi keperluan bagi setiap ibu bapa yang ada anak kan. Kalau tak ada macam tak lengkap je dalam listing barang-barang baby tuh. Dan kalau tak ada memang ngengoh nak dukung anak oi. Setakat ni aku dah pernah ada 3 stroller. Anak? Baru dua.



Ini first stroller brand Sweet Cherry. Beli kat JJ. Tapi dah jual online kat Mudah. Sebab keta sawi tu bonetnya kecik sangat, tak muat nak letak barang-barang lain lepas sumbat stroller. My doter pun that time macam tak suka stroller tu. Senang citer let go je lah.




Stroller kedua dan ketiga jenama Anakku. Beli kedua-duanya serentak time warehouse sales Anakku 2010. Murah tu yang beli dua terus. Masih digunakan dan dalam jagaan yang baik. My doter masa kecik-kecik tak suka berstroller but my son memang feeling habis bila dapat naik stroller.




Stroller ni dah macam port dia tuk tido. Naik je terus mata kuyu, isap jari. Bawak pusing-pusing lena. Aku guna ini stroller habis-habisan, redah hujan panas, batu batan sampai bertaik lalat. Sib baik bila cuci leh bersinar kembali.

Bab membeli stroller, aku takdelah nak beli memahal cam jenama quinne, combi or etc. Beli yang sedang-sedang aje tapi puas hati. Beli memahal kalau takleh nak masuk kete pun haru jugak.

Antara aspek-aspek aku tekankan time beli stroller:

  • Seperti yang dimention beli pada harga yang berpatutan. Kalau mahal-mahal sangat nanti sayang pulak nak guna. Jadi beli time warehouse sales, sangat-sangat untung. Stroller Hakeem ni harga 350 aku dapat 150 hinggit je.
  • Beli untuk newborn until at least three years. Tak yah beli yang jenis buggy. Tak sesuai tuk baby. Tulang temulang baby lembut. Kena jaga tu. 
  • Beli yang ada 2 fold. Advantage nih. Kalau dia nangis pusingkan ke belakang, Boleh senyum-senyum, sengih-sengih, agah-agah baby tu. Kalau dia nak lihat dunia pusing kan ke depan tapi aku nya satu fold je.



  • Beli yang boleh lipat macam payung. Jimat space bagi yang bonet kecik. Brand Sweet Cherry and My Dear aku reject. Bukan tak bagus tapi semua pattern aku tengok jenis lipat empat segi, tak boleh lipat ala payung.

* Banyak lagi kriteria lain. Based on pada matlamat kita. Ini yang asas sahaja.
3 Comments
Comments

3 comments :

ibu MZW @ farah idayu said...

stroller oh stroller...bagi yg berkemampuan pastinya mahukan yg lebih baik dan berjenama..tapi bagi saya yg kurang berkemampuan, jenama biasa2 seperti my dear sudah memadai..hehehe~!

CIK JATT said...

saya pun beli yang biasa2 jer. bukannya yang branded mahal2 tu. ok jer tengok anak2 naik. lagipun budak2 sekejap jer nak duduk dalam tu. lepas tu mulala nak keluar:)

Azi said...

ibu MZW : janji stroller tu boleh guna dah cukup, jenama penting.

Cik Jat : yelah,beli pada kadar yang kita mampu. bila dah leh jalan diorang pun tak nak naik sangat