29 November 2011

Pindah Rumah

Baru aku tahu hujung-hujung tahun ni memang ramai orang berpindah ke rumah baru. Sebabnya 3 hari ini full orang booking lori. And kesianla aku nengok mr.edy kepenatan. Why ha diorang ni asyik pindah randah.

Cakap pasal bab pindah memindah barang ni, ada macam-macam feel manusia yang mr.edy jumpa dan tak kurang aku pun terkena tempiasnya. Kalau bab nego harga sewa lori diorang ni nak rate yang murah je. Kengkadang tak tercapai dek akal fikiran. Minyak tol pun dah berapa dik oi... Tapi bila datang hantar barang diorang, mr.edy kata sewa rumah diorang tu cecah ribu riban tiap bulan.

Pastu memula deal cakap barang sekian banyak ni banyak ni sekali datang mak ai penuh satu lori. Nak rate lori setan je tapi barang penuh ke bumbung lori 3 tan.

Itu belum mintak manpower 2 orang je tapi kalau 4 orang pun mau pengsan mengangkat barang depa ni. Ada yang pindah dari tingkat dua nak pindah ke tingkat 5. Apartment 5 tingkat tau tau je lah mana de lif. Tangganya pulak yang sekangkang kera tu. Mampuih...

Itu belum lagi yang muka macam mem mem besar. Sombongnya mengalahkan dive. Walau pun khidmat kitaorang dibayar tapi tak kan senyum pun tak boleh. Sedekah tu...dapat pahala...

Ok, back to pasal pindah rumah ni, tiap kali orang sewa lori pindah rumah tiap kali tu lah aku rasa macam aku pun berpindah sama. Orang Malaysia ni kalau kaya, kaya bebenor. Dalam rumah tu peti ais dua, mesin basuh dua, sofa tiga, almari empat... Kalau kurang berkemampuan tu tengok je lah dalam rancangan Bersamamu..

Kalau dah pindah rumah baru tu barang lelama mesti nak dibuang. Kalau bukan sebab rumah baru sempit, kecik, tentu sebab nak bergaya dengan aksesori baru.

Baru-baru ni aku dapatlah peti ais ngan mesin basuh auto percuma. Brand Samsung. Bayangkanlah barang memahal camni pun diorang leh kasi orang. Walaupun barang dah lama tapi condition masih baik. Kalau aku jual confirm dapatlah 6 70 hinggit.

Sebelum-sebelum ni pun banyak jugak aku dapat macam-macam jenis barang dari orang yang nyewa lori. Macam meja tulis, katil, meja makan dan banyak lagila. Ni antara barang buangan yang aku sempat snap...

almari ni almari buku ke apa..aku wt letak barang dapur


suka sangat lampu study ni. Klasik..




carpet ihsan orang bangladesh


dua dua meja ni bahan buangan orang

Kalau aku jual barang-barang ni ada market ke ha?

6 comments:

PUANSTOBERI said...

wohoo.. me pun nak pindah rumah nati thn dpn. Nak mintak Q bleh? Hihi.
Lps tu claim balik sbb pindah umah loan govt. Hihihi..:D

ZYASH said...

Org kaya, senang2 jer nak buang barangkan...huhu... Untung kite ne jugak la kan..

Aku-Enot said...

Waa..banyak untung...Dapat brg free....Azie nak jual ke meja tu..Sayangnyer..cantik lagi...

Azi said...

pn.stoberi : bleh jer..
klu claim selalu dpt berganda dr yang dikeluarkan kan...

zyash : itulah, nama pun kaya... tp kengkadang rasa kita ni mengutip plak.

aku-enot : k.ros xjual pn, klu jual ada ke org nk beli...

wadishah said...

Mcm mana nak call untuk tanya harga?

Farhanuddeen Sabran said...

sapa nk jual barang2 terpakai,jual kt saya sy beli..0177779081

 
Copyright by Aziazidah