01 November 2011

Review produk Gamat eMas : GEL GAMAT

Sabtu Ahad lepas adalah sesi gotong royong dua beradik. My sis and me. Mr.edy outstation, aku dengan panjang tangan & kaki mula gatal nak membersih kawasan keliling rumah.

Tapi memang malang itu tak berbau. Sedar-sedar darah yang dianggarkan dalam secawan dah mengalir keluar dari betis. Entah macam manalah kaki ni boleh tersagat dengan kaca pun aku tak sedar.

Mula-mula memang tak rasa sakit tapi bila tengok darah mengalir tak henti-henti, tak sakit pun jadi sakit. Terus terjerit-jerit mintak tolong dengan my sis. Aku tengok betis dah terburai menampakkan isi sepanjang 2cm (agak2 je). Rugi betul darah yang terkeluar tu. Kalau di derma kan bagus.

Bila dah jadi gini sapa sanggup nak pergi klinik kan . Mau aku kena jahit sekali lg ni. Tidak-tidak doktor cuci ngan air merah tak berapa merah warnanya. Pedih oi. Iodin ke apa namanya tu. Taubat nak gi klinik.





Masa bersalin hari tu aku ada beli gel gamat secara terpaksa dengan sorang tukang urut ni. Harga 60ml : RM28 (wm) dan RM30 (em). Murah ker? Kalau dah tambah ngan upah mengurut memang mahal lah aku rasa time tuh. Katanya banyak khasiat gel gamat ni. Korang leh baca kat SINI.

Senang citer, alang-alang ada gel gamat ni, aku sapu je lah kat tempat luka tadi. Hasilnya suberp beb. Kalau bubuh minyak gamat biasa yang kat langkawi tu kan, pedih!. Yang ni aku just picit buh kat kain then tekap betul-betul kat luka memang tak rasa apa-apa. Sebaliknya bila aku tengok gel ni semacam mencuci darah beku yang ada kat tempat luka tu kasi clear. Semua perit hilang. Memang berkesan. Luka pn makin pulih.

Act. ada banyak lagi produk-produk gamat emas ni seperti pencuci muka, shampoo & etc. Tapi aku tak nak try produk pencuci muka sebab aku loyal customer neutrogena. Shampoo gamat emas ni aku musykil juga sebab khasiat yang dia tulis menyihatkan rambut dan mencegah rambut gugur tapi aku tengok gambar si tukang penyelidik rambutnya.....??


Beli jangan tak beli produk buatan malaysia..

2 Comment:

PUANSTOBERI said...

Haha. Utk rambut gugur pun ada yer. Oh. Nati leh tgk testimoni nyer. Cam bes je :D

Azi said...

cuba jgn xcuba mna tau serasi...