10 November 2011

Review : Shampoo Baby

Sejak dua tahun lepas dah banyak brand shampoo untuk baby yang aku beli. Demi mencari keserasian for my baby kenalah try and error semua tu.


1st : Brand Anakku
First time membeli toiletries baby masa pegi warehouse sales Anakku kat Bukit Nenas, Klang. Masa tu memang bengong-bengong nak beli. Terus beli pack yang besar. Mr. edy kata beli je jangan tak beli. Setahun pakai pun masih tak abis-abis.

Keberkesanannya biasa-biasa je. Kewangiannya pun tak berapa mengancam jiwa.

2nd : Brand Johnson


In my mind, Brand yang glamour. Tukar brand ni lepas abis pakai brand Anakku. Tanpa ragu-ragu terus beli pack percubaan jer. Tapi macam tak sesuai lak ngan rambut my doter. Makin hari aku tengok rambut sofea jadi kasar dan keras semacam.

3rd : Brand Fiffy


For me ini brand terbaik di antara semua brand yang dah pernah kami pakai. Terjebak ngan brand ini pun sebab dapat hamper orang bagi masa kelahiran my son. Kalau tak masih stay ngan Johnson agaknya.

Mula-mula dulu memang aku pandang sinis jugaklah dengan brand fiffy ni. Barang murah terus aku cop tak elok. Tapi bak kata pepatah dont judge a book by its cover. Right?

Lepas pakai, aku dapat rasa perubahan rambut my doter makin hari makin lembut & bersinar. Sampai aku pun terikut-ikut nak pakai this shampoo. Ringan je rasa rambut.

Last : Brand Carrie Junior


Even fiffy the best one, susah betul nak cari shampoo ni. Kat mydin mall, pasaraya otk & hero yang biasa aku pergi non ada this brand. Kena cari di pusat sehenti baby kot.

Walaupun payah mencari, rambut tetap juga perlu dicuci, jadi aku try lah brand Carrie Junior sementara dapat cari shampoo fiffy balik.

Brand ni bau dia quite nice jugak. Aku baru pakai beberapa hari. Shampoo ni maybe sesuai nak tackle baby/budak yang malas nak mandi.

My doter suka dengan design botol carrie junior ni. Ke hulur ke hilir dengan botol shampoo ni, sampai bawak ke tido. Even time nak sabun badan pn dia nak guna hat shampoo carrie junior.


*ingin mencuba brand cosway pulak.

4 Comment:

PUANSTOBERI said...

psstt...me pun ada mandian carrie junior. saja je beli, kalo nak feel bau comel2 baru pakai. Yg kaler biru ada gmbr gajah tu kan. Bau dia..rasa nk makan ja. Hihi. Bedak dia pun bau camtu gak.
Lama dah pakai, sejak dari U dulu. Ngeeee :D

Syytt.. rehsia ni.. tak malu pakai mandian bebudak kan :P

ibu MZW @ farah idayu said...

sama cam saya dari anak 1st duk try n error shampu n sabun mandi anak..

now pilihan dihati utk shampu ialah baby kiko kaler pink..wangi n lembut sgt rambut anak pas mandi..sabun dia pun nice bau ;) try la.. cuma baby kiko payah sket nk jumpa kat kedai2 biasa..

and for sabun bandan saya suka baby kiko n fiffy bubble bath ;)

Aku-Enot said...

Setakat ni masih guna bby johsan..Mungkin lepas ni nak tukar..tak tahu nak tukar pe lagi....

Azi said...

pn.stoberi: sma eh pakai shampoo baby,. shhh rahsia...hi3

ibu MZW : sy suka jugak brand bby kiko, tp xpenah guna shampoonya...xtahu pun... nnti boleh cuba ni..

aku-enot: k.ros klu ok xyahla tukar