04 November 2011

Stage merangkak

suka suka suka....my son dah boleh bawak tubuh. Dah tak lama lagi boleh merangkaklah ni. Mr.edy sempat tanya baby kawan dia yang sebaya my son pun masih belum leh heret dada. Masih dalam guling-guling lg.

Sekarang setiap hari kena pantau lebih. Kena kuatkan stamina tuk menjaga dia sebab my son dah kurang tido, asyik nak bermain. Penat memang penat. Tapi puas.

Masa my doter dulu aku tak sedar bila dia mula beraksi nak merangkak. Nursery yang dapat dulu tengokkan. Bila time nak ambik, ibu mama emak kat nursery lah yang bagitau apa yang my doter dah boleh buat. This time alhamdulillah dapat lihat semua perkembangan my baby.



video
sogok dia dengan benda berwarna-warni laju je dia nak ambil.



Semua ibu mesti suka kan kalau baby mereka semakin hari semakin pandai. Dari boleh senyum ke boleh meniarap ke boleh berguling ke boleh heret dada ke merangkak ke meniti dan seterusnya berjalan.

Tumbuh gigi biar lambat-lambat. Kata orang cepat tumbuh gigi lambat jalan, lambat tumbuh gigi cepat berjalan. Aku percaya teori ni. Sebab my doter sofea 10 bulan dah boleh berjalan, gigi time tu masih tak tumbuh.

Kalau gigi tak da bab makan lah yang kena berjaga sikit. Kenalah bagi makanan yang lembut. Kalau dah boleh jalan hilanglah lenguh mendukung.

Jadi pilih mana yang anda suka. Kalau boleh pilih........

0 Comment: