Christmas Festive sales

I'm a warehouse sales lover. Ko cakap je mana warehouse sales area Puchong, Shah Alam, Putrajaya dan Klang yang aku tak redah. Lebih-lebih lagi kalau warehouse sales tu jual barang baby, lagila gila meroyan aku nak pi.

Aku aktif ber'warehouse sales' since 2/3 tahun ni. Antara warehouse sales yang aku penah pegi, Anakku (2x), Pureen (1x, 4 hari before deliver hakeem) gigih ko nak baju baru, New Balance (2x), Hush Puppies (2x), Metrojaya (walaupun tak best, ada dlm 3/4x jugak lah) dan warehouse sales kat Stadium Malawati pun ada dalam 3/4x gak.

Pastu Padini Warehouse Sales yang selautan manusia beratur nak masuk pun aku redah dengan sofea dan hakeem. Korang cuba search video Padini Warehouse sales kat you tube kalau tak caya. Mr. edy layan je kehendak bini dia. Kalau tak mau gaduh..



The latest sabtu lepas pepagi buta pas siap mandi anak, masak bagai terus bergegas ke SACC Mall. Tu ha... Bonia Group Festive Sales. Kali ni pegi dengan kakak aku. Mr.edy sekarang bizi memanjang. Kakak akulah jadi peneman merangkap pemandu.




Ko nampak beg grey tu jenama carlo rino. 2 for 99.00. Memula macam tak cantik tapi dah kakak aku berkenan, nak tak nak  kenalah aku amik jugak. Kalau tak beli 2 kena bayar harga asal. 200 ++. Tapi bila balik tengok sekali lagi not bad.


Space jualan tak besar mana. Kat Ground Flour Hall je. Ada brand Bonia itself, Sembonia, Carlo Rina, CR2, Santa Barbara Polo & Racquet Club, Valentino Rudy, G Davin dan Jeep. Kena pandai pilih sebab bukan best price sangat. Ada aku tengok tag price brand Semboniadiorang  letak 2 for 99, aku pusing semula dah tukar 70% diskaun. Apa kes ni??


Tak habis kat situ je tau, aku melencong ke Stadium Malawati. Metrojaya Festive Sales pulak. See...alang alang menyelok pekasam biar sampai kepangkal lengan. Alang-alang berjalan biar membeli sakan. hi3


Kat stadium ni tak banyak barang yang menarik. Baju orang tua memang hampeh je tengok. Tapi kalau untuk budak budak memang besh aku rasa.


Jadi aku pun beli patung yang satu sepuluh hinggit. Mana nak dapat dengan rega ni kan. Ada macam-macam size, pattern and harga. Aku beli dua. Yang biru tu tuk sofea, yang oren tuk adik ipar aku yang tengah menghitung hari nak deliver.




Dan baju dalam gambar tu semua untuk sofea. Baju hakeem non ado. Tak de baju baby sangat. Paling mahal aku beli dress RM20. Yang lain semua dalam lingkungan RM10 & RM15. Quite ok, aku grab semua jenama Winnie The Pooh. I like.


Siap-siap beli belah, tengok-tengok dah pukul 5 ptg. Ingatkan kami empat bersaudara nak balik dalam kul 1 or 2 petang. Berjalan sungguh aku. Mr. edy tepon 4 5 kali pun tak sedar.


Btw, sape nak pegi Bonia Group Festive Sales boleh lagi, jualan berlangsung sampai 2 Jan, Metrojaya dah habis 26 Dec hari tu.

2 comments:

PUANSTOBERI said...

Oh. Jarang pegi warehouse sale (ke tak penah tah..) sbbnya.. biasa nya jauh deh dari KL. Sure area S.A, PJ or Klang. Jauh..jauh...

Azi said...

kat area kl pn ada tp azi lak xkan pi kat area kl..sesak nafas nak kesana.....

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY