22 December 2011

Cuti Tanpa Gaji Tamat

Hari ini genap dah 150 hari aku bercuti tanpa gaji. Maknanya dah 240 hari aku duduk melepak kat rumah menemani anak-anak. Hari ini jugak genaplah hakeem 8 bulan. Bubblingnya pun makin kuat.

ganasnya ko kakak


Start esok kena pergi kerja dah lah. Kena bangun pepagi prepare barang-barang kerja dan anak-anak.. Di opis kena mengadap tugas-tugas perakaunan yang dah lama ditinggalkan. Lagi kena menghadapi kerenah bos dan rakan sekerja. Dan paling risau kena tinggalkan anak-anak tersayang di nursery.


Boleh ker aku ni? 
Mestilah tak boleh. 

Jadi marilah kita menyambung lagi cuti tanpa gaji. Sebenarnya surat pun dah selamat anto sebulan lebih dah. Tarikh baru dijadualkan masuk kerja adalah pertengahan Jun 2012.

Pas ni harap-harap tak akan ada sesi menyambung cuti lagi. Nanti kesian pulak kat baby akan datang. Tak cukup nak cuti tanpa gaji lagi. :P
Posted in

3 Comment:

♥nurulizzatie♥ said...

haha. kemain ganas si kecik tuh. kesian adik dia.

Azi said...

itulah..sofea mmg ganas...

PUANSTOBERI said...

alamak..cuti tanpa gaji setahun la yer. Tup2 ter cuti bersalin terus. Eh..?? Hiksss :P