Geng Maxis

Demam free hot ticket maxis sudah tamat. Cerita giveaway dah tutup buku. Semua hadiah selesai diagih-agihkan pada yang berhak. Ke ada yang nak lagi?? Kalau ada rabak poket aku cam ni.

Yang aku tengok contestant majoriti banyak budak sekolah. Tetiba pengunjung dan followers blog aku penuh dengan remaja-remaji, muda mudi. 

Aku faham kalau cerita bab top up menopap ni memang budak skool lah yang selalu kehabisan kredit. Orang tua cam aku pun selalu miss gak. Eh tua ker? Tua pada umur tapi muda pada jiwa. Kih Kih Kih...

Bab to cerita top up, zaman dodulu mana de hp. BB bagai. Aku ingat around 1999 masa duk kat ulu bendul uitm perlis nun, public phone dan duit syiling lah teman setia aku.

Meh aku bukak satu rahsia yang kalau orang telekom tau mesti diorang marah ke aku nyer. Sebelum aku ke public phone, aku wajib cari penukul dulu.

Korang tau pasal apa? Dulu kan ada duit syiling RM1. La ni dah tak ada. Cost nak call KL dari Perlis pulak mahal. Mana lah nak cari duit syiling bebanyak. Plan family, plan pasca bayar, kadar rata, kadar terendah mana ler ada time tu.

Tapi otak-otak budak-budak U ni memang kreatif. Diorang dapat idea ketuk duit 20 sen buat jadi sama besar dengan duit singgit. Aku pun tergolong dalam golongan tu. Nak hidup beb. Sampai sakit-sakit tangan mengetuk. Ko ingat senang nak outer. Kena ada kepakaran jugak.

Dalam sebulan gitu telekom dapat detect semua duit yang diorang collect dah kemik-kemik, rosak-rosak belaka. Apa lagi, diorang pun perketatkan sistem kawalan.

Sudah block cara tu, kitaorang try wat cross line pulak. Dulu ada telefon yang guna card kan. Sekali buat cross line boleh dapat credit sampai 600 ++ ringgit. Kesian rumah yang kitaorang buat cross line tu. Mesti bil melambung.

Gagang public phone tu tak sempat nak letak pun. Kalau letak abis lah sistem cross line tu. Jadi duk bersambung-sambung orang guna. Sama jugak last-last orang telekom dapat detect. Paling haru time kitaorang gayut pak guard datang cekup. Menjawablah ko dengan warden.

Nakal jugak aku ye time sekolah dulu.

Btw, thanks adik2 yang sudi follow blog akak ko ni.

2 comments:

♥nurulizzatie♥ said...

ala, titew takde kredit sbb titew belum dpt duit pinjmn mara titew. bukan sengaja pun khbisan kredit.sampai hti ckp titew bdk sekolah haha. geli pulak ckp cmtuhhh. :P

Azi said...

silap2 bukan budak sek. budak U right?....:)

duit pinjaman mara tu buat simpan jelah, akak pn miss jugak kredit..kengkadang eh selalu pn...

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY