Peluang atau Menghalau


Hari jumaat lepas dah selesai menyain borang SBPA. Semua kakitangan kerajaan sibuk kan dengan sistem yang baru ni. Aku tak amik port pun. Amik port sekali pun tetap jawapannya ko kena sign. Siapa tak sign, nak lagi dengan sistem SSM tu, ko duduklah di takuk yang lama. kan?

Yang jadi isu cuma duk pikir nak sign pencen 56 ke 60 tahun. Last last aku decide amik umur 60 tahun. Ntah ada lagi ke tidak aku di dunia ni masa tu.

Berdasarkan penerangan kalau sign 60 tahun nak pencen awal sebelum mencecah umur 60 tahun, duit pencen akan terus dapat compare kalau sign umur 55/56/58 kalau pencen, duit pencen akan dibayar pada umur yang kita sign tu.

That why i pilih pencen umur 60 tahun. Tak dapat aku nak bayangkan kalau aku keje sampai umur 60 tahun...


Sebelum balik sempat jumpa dengan bos besar unit kewangan. Dia ada tanya kat aku adakah ada tanda-tanda akan kembali kerja dalam waktu terdekat? Aku jawab je 'tak da'. Memang tak ada niat pun nak keje dalam masa terdekat ni.


Then bos kata lagi orang yang menanggung kerja aku itu terbeban dengan tugas-tugas yang aku tinggalkan. Ala sebenarnya aku tau mana ada terbeban sebaliknya dia suka pe dapat duit tiap bulan. Nak lagi ni sistem SBPA, gaji naik lagi banyak dapat duit tanggungan tu.

Bos siap kata nak poll kan aku. Nak hantar aku balik ke AG. Nak dapatkan pengganti aku secepatnya.

Aku jawab 'terpulang...bos buatlah apa yang terbaik'.

Bila di fikir ini peluang aku nak keluar dari KDN dan cari pengalaman baru. tapi terfikir jugak macam diorang sengaja tak nak kat aku.

Tapi yang pasti rugilah korang kalau halau aku kuar. Sangat rugi tau sebab i ni pekerja yang dedikasi :P

3 comments:

MaryaYusof said...

Salam, sy pun sdg bercuti pjg...pening jgk pasal pencen 60 thn tu...ntahla ye...salam kenal & follow di sini~

Aku-Enot said...

salam.. Perancangan bila nak start keje balik? Bestkan dapat cuti panjang. Akak pun tak sain lagi. Sok nak buat keputusan nak sain umur berapa tahun. He3..

Azi said...

marya : itulah...btw salam kenal to.

k.ros : kita mgkin msuk keje bln 6 tahun depan.

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY