13 December 2011

Puree Apple

Minggu lepas aku wat puree apple untuk my son. My son ni kuat makan. Tale je apa kemulut dia mesti dia nganga. Ubat demam pun steady je dia telan.

Sekarang makanan my son adalah bubur nasi + sayur yang ditapis. Belum mula lagi makan ikan/ayam/daging.

Back to puree, senang je nak buatnya. Ini aku guna dua biji apple. Just to try.

Aku kalau makanan yang kena simpan dalam peti ni kureng sikit. Aku suka bagi makanan yang fresh ke my son. Jadi tiap hari aku menanak bubur.
  1. Kupas kulit apple.
  2. Potong kecik-kecik ala dadu.
  3. Masak dalam periuk bersama air hingga kering.

Pastu aku kisar since my son kecik lagi. Bila aku bagi dia makan mukanya macam pelik aje. Tak berapa suka la tu, tapi still menelan jugak. Masa time sofea dulu aku tak pernah bagi puree.

Anak-anak aku, baik sofea ke hakeem menurun sebijik ikut aku bab makan. Makan kuat, dan sofea kalau tak ada kuah tak nak makan nasi.

0 Comment: