02 December 2011

Uten, Moktan

Musim rambutan sekarang ni. Sepanjang jalan masuk kampung penuh pokok rambutan jenjiran yang berbuah. Yang kuning yang merah...

Kali ini rumah arwah mak empat pokok berbuah sekali gus daripada 6 pokok kalau tak silap. Puaslah makan kami adik beradik.

Tahu-tahu jelah bila dah sampai empat pokok mana terlarat nak makan semua. Banyak jugak dimakan dek burung dan tak kurang dah diberi ke orang. Yang datang nak beli kami bagi free je.

Tapi ada jugak yang mencuri moktan masa lalu tepi rumah. Pada yang mencuri tu dihalalkan. Sebab yang dapat pahala arwah mak jugak. Tapi lain kali kalau nak cakaplah. Nampak aku pun buat tak reti je ye.

Ada sapa-sapa nak makan moktan jemput datang rumah...

nota : ma uten (kata sofea)

2 Comment:

ibu MZW @ farah idayu said...

memang tgh musim kan skang...eh, rasanya org pantai timur biasa sebut moktan kan? hehehe~!

Azi said...

haah musim rambutan skrg..ye ke org pantai timur yang sebut moktan, ingatkan org utara...