18 January 2012

Bubur Ikan Tenggiri

27/1/2012 akan datang usia hakeem akan menginjak ke 9 bulan. Aku rasa sudah tiba masanya, makanan hakeem di buat perubahan.


Kesian aku tengok asyik-asyik bubur ayam + kentang + couliflower. Apa mama dia ni tak berkembang ilmu pengetahuan ke nak pelbagaikan makanan baby atau sememangnya mama malas?


Jadi hari ini aku tukar cara pemakanan hakem. Biasanya aku campur lauk ayam dan sayur-sayur dalam bubur dia. Hari ini masak bubur dengan sayur jer.


Pastu aku goreng ikan tenggiri. Dalam fridge pun ada ikan dori. Boleh selang selikan. Masa time sofea aku tak pernah buat begini. Tak ada kekuatan. (kekuatan apa???). hihihi... Time sofea aku sibuk kerja.


Back to ikan tenggiri, orang kata hanya ambil isi ikan tenggiri tu bagi ke  my baby makan. Jadi xdelah rasa garam dan minyak tu di jamah dek Hakeem.



Tapi ikan tenggiri macam tak menjadi, susah je aku nak kobek isi ikan tenggiri mungkin pasni kena goreng tebal-tebal skit lagi.  Today jugak aku dah start bagi hakeem makan without blender.




* menu aku dan mr.edy ikan gelama bercili. first time masak. sedap pulak.

3 Comment:

ibu MZW @ farah idayu said...

tomey n bambam nyer hakeem yer..geram tgk ;p

PUANSTOBERI said...

9 bln dah la mknanya Azi cuti eh? nati naik keja sure ber cinta. hihi

Azi said...

ibu MZW : hi3 tq

puanstoberi : haah dah 9 bln cuti.. rse mls dh nk keje...hi3