Contest

Kayuh Kayuh

Ingat tak hari tu ada post entry pasal basikal sofea. Hurm sejak dari beli itu hari, dari memula letak kat dalam rumah...sayang then terpaksa letak kat luar rumah sebab sempit, adalah dalam beberapa kali sofea naik. Itu pun pas aku yang rajin tolak beskal tu. Kalau nak harap sofea kayuh asyik kayuh ke belakang aje.


Kayuh ke belakang kan senang. Tak berat dari kayuh ke depan. Dah berkali-kali aku suruh kayuh ke depan, tak di faham-faham nyer. Ayat tak biasa dengar kot.  Tup tup minggu ni pandai pulak sofea kayuh ke depan siap boleh main corner2 lagi.


Suka aku, dah bertambah satu lagi benda yang sofea pandai. Tak rugi lah aku beli memahal beskal tu. Aku kalau beli barang memang berharap anak-anak akan main habis-habisan.


Aku lebih suka diorang main sampai puas/rosak daripada mainan tu elok macam xmain je dan boleh pulak jual balik mainan tu macam setengah-setengah mommies buat (ayat mama yang tahu anaknya buas) kih kih kih.


Ok ini video/bukti yang sempat aku rakam. Tak berapa menarik sangat sebab setiap kali aku nak halakan kamera mesti sofea cepat-cepat nak ambil.


video

3 comments:

MaryaYusof said...

Wah, dah pandai kayuh... Iman Umi & babah tolong tolak, tak reti lg...hikhikhik

IntaNBerliaN said...

a'aa samalah mcm saya.. kalu beli brg utk ank biar main sampai rosak pun xpa.. puas hti rosak sbb guna bkn rosak sbb tersadai dlm stor..hihii

Azi said...

marya : insyaallah nnti pandailah iman tu.

intanberlian :: kan... beli tak guna buat pe kan

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY